Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar melakukan reformasi. Antara reformasi yang boleh dilihat rakyat adalah tiada lagi Perdana Menteri atau menteri yang bertali leher.
Tambahan pula, dengan cuaca Malaysia yang agak panas, suhu aircond dalam bilik mesyuarat terpaksa diletakkan paling rendah, pemakaian tali leher jelas bukan budaya orang Asia.
Dek kerana menjulang gambaran bertali leher seperti ‘orang barat’ adalah sesuatu yang memberi imej kemas, habis sampai anak-anak di sekolah terpaksa mengikut gaya serupa.
Namun bagaikan menongkah arus, Anwar Ibrahim berjaya membuatkan semua menteri tidak lagi bertali leher dan imej VIP yang penuh protokol juga berjaya dihilangkan.
Hal ini demikian kerana wakil rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP) yang menjadi menteri, mereka perlu sedar bahawa mereka bekerja untuk rakyat.
Jadi mengapa seseorang yang wajib bekerja untuk rakyat bukan main banyak cekadak mahu ada pelbagai protokol yang melecehkan dan tidak memberi apa-apa manfaat.
Melihat kredibiliti Anwar yang berjaya mengubah wajah pemakaian Perdana Menteri dan Menteri Kabinet, rakyat memberi bayangan alangkah indahnya jika mereka semua berbusana Melayu lengkap.
Mungkin boleh dipakai pada salah satu hari dalam tempoh seminggu namun bayangkan sahaja kesannya di mata masyarakat serta media luar, Anwar dan Menteri Kabinet pendukung imej budaya serta jati diri tempatan.
Hal ini demikian kerana Kerajaan-Kerajaan terdahulu tidak pernah melakukan reformasi ini namun tidak salah untuk rakyat bersuara kerana persidangan dalam Dewan Rakyat pasti akan jadi lebih gempak!