Sejarah

Antara Ciri-Ciri Golongan Ini, Mereka Keliru Erti Tauhid Dan Apa Makna Syirik!

Wahabi merupakan satu fahaman atau satu ideologi yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab.

Golongan ini adalah golongan yang tidak berpegang pada mazhab dan menolak segala perbuatan yang sering dilakukan oleh golongan ahli Sunnah wal jamaah.

Mereka ini termasuk dalam golongan ancaman literal. Penting untuk kita kenal ciri-ciri golongan ini yang semakin hari semakin ekstrem menyebarkan fahaman mereka.

Terdapat empat ciri umum yang kita wajib tahu sebagai panduan untuk kita nilai jika fahaman ini ada berlegar dalam kalangan orang-orang terdekat anda.

Ciri pertama yang terdapat pada golongan ini ialah mereka melihat sesuatu perbuatan itu hanya pada zahir sahaja.

Mereka akan cepat sahaja melabelkan setiap perbuatan baik golongan ahli Sunnah wal jamaah adalah sesat dan tiada dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.

Seterusnya ciri kedua pula ialah mereka ini keliru apa itu erti tauhid dan makna syirik. Ciri ini nyata boleh dilihat apabila mereka sangat mudah menuduh orang Islam lain sebagai syirik.

Jika fikir secara rasional mengapa mereka sangat mudah mensyirikkan orang Islam yang lain adalah kerana mereka sendiri tidak faham syirik itu sendiri apa dan tauhid itu apa.

Manakala ciri umum yang ketiga ialah golongan ini sedang berada dalam sebuah kekeliruan yang tidak berpenghujung yang mana mereka keliru makna Sunnah dan bi’daah.

Ciri ini kita boleh lihat melalui kenyataan setiap dari mereka yang menggunakan alasan ‘nabi tidak pernah buat, kita tak boleh buat’. Persoalannya, pernahkah nabi ajar untuk tidak berbuat perkara baik?

Keempat ialah mereka ini keliru tentang mazhab dan taklik. Mereka akan sentiasa mengatakan kita tidak boleh bermazhab dan haram bertaklik dengan ulama’. 

Terakhir ciri yang ada pada mereka ini ialah keliru tentang jihad. Contohnya golongan ISIS yang membunuh sesama Islam mereka mengatakan itu adalah jihad.

Inilah antara ciri-ciri umum yang boleh diteliti dan dijadikan panduan untuk orang awam supaya kita tidak menjadi seperti mereka yang keliru.

Bagaimanapun masih banyak lagi ciri-ciri khusus lain yang perlu kita tahu dan boleh kita kesan untuk menghindarkan diri dari menjadi sebahagian daripada golongan mereka ini.

Semoga tulisan ini memberi manfaat buat orang awam diluar sana untuk lebih mengenali golongan tersebut agar kita dapat menilai sendiri apakah fahaman ini betul atau sebaliknya.

Kredit : Ar-RahmanTV – Ustaz Engku Ahmad Fadzil – Cara Nak Kenal Fahaman Wahabi

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker