Tahukah anda bahawa pahlawan Melayu memiliki sekurang-kurangnya tujuh jenis senjata utama dan selain keris atau sundang, lembing dan tombak menjadi antara pilihan utama.
Ujar seorang aktivis kebudayaan Melayu, Muhammad Mustafar Abdullah, cara untuk bermain lembing atau tombak sedikit berlainan daripada senjata melayu yang biasa didengari.
Lembing merupakan sejenis senjata yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi.
Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. pic.twitter.com/v9EURCWfVp
— Demi Malaiu (@DemiMalaiu) March 9, 2023
Ia lebih kepada bersifat boleh merejam atau menghunus dan untuk mencapai kemahiran bermain senjata ini, seseorang itu haruslah menjalani latihan panjang dan intensif.
Tonton video di bawah (TikTok Demi Malaiu) untuk kefahaman lanjut:
@demi_malaiu ‘ KERIS ‘ terpanjang Orang Melayu