Isu Semasa

Anak Sarawak Keluar Seawal 6 Pagi, Daki Bukit 2 Jam Untuk Ikuti Temuduga UPSI

Sudah masuk tahun 2022, nasib anak Sarawak dalam negara bernama Malaysia masih lagi belum menggembirakan hati orang-orang di Semenanjung.

Terbaharu tular kisah Frank Steward anak Sa yang terpaksa mengikuti dua sesi temuduga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara atas talian.

Cabaran pemuda yang berusia 21 tahun itu agar tidak ketinggalan mengikuti temuduga bagi mata pelajaran Pendidikan Moral serta subjek Bimbingan dan Kaunseling amat menyedihkan.

Mana tidaknya, walaupun temuduga bermula pukul 8.30 pagi, Frank perlu mendaki bukit kira-kira selama dua jam untuk mendapatkan capaian internet yang bagus.

Baca Juga> Orang Melayu Takkan Semudahnya Akan Buka Keris, Yang Ditikam Pun Pasti Orang Hebat!

Sehubungan dengan itu, suka atau tidak, Frank yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Augustine, Betong, Sarawak perlu keluar rumah seawal 6 pagi.

Paling terharu, khemah yang dikhaskan untuk Frank di atas bukit itu dibina ayahnya sendiri, Sa anak Ujom, 52, untuk memastikan anaknya dapat menjalani temuduga dengan baik.

Benarlah bak kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa dan gabungan Demi Malaiu mengucapkan selamat maju jaya kepada Frank dan semoga jasa ayah jangan sesekali dilupakan.

➡️ KLIK SINI: Sertai Group Whatsapp Demi Malaiu

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button