AgamaIsu Semasa

Anak Muda Liberal Tanya Dalil Wajib Pakai Tudung, Ini Jawapan Padu Azam Azhary!

Seorang anak muda liberal pernah tanya saya, apa dalil wajib pakai tudung bagi perempuan?

Saya jawab dalilnya surah an-nur ayat 31. Dia jawab, dalil tersebut tak kuat utk katakan wajib.

Ada dalil lain yg kata tak wajib. Dan zaman berubah, hukum pun berubah. Sebab tak jelas tentang batas-batas aurat dalam al-Quran.

Ulama’ pun selisih pendapat tentang ni.

Prof Quraish Syihab ulama tafsir indonesia pun kata tak wajib dgn ayat ni! Mana boleh kata wajib kalau masih khilaf!

Saya jawab: Khilaf dalam masalah ini tidak muktabar, sebab telah terangkat dengan ijma’. Ijma’ telah wajibkan pakai hijab.

Dia jawab: Ijma’ tu apa? Saya kata kesepakatan ulama’ zaman berzaman.

Dia kata: habis tu kalau sepakat kenapa ada khilaf sampai sekarang ulama ada tak wajibkan? Pening saya dgn ustaz ni, berbelit.

Saya kata: ijma’ ni panjang perbahasan, khilaf mutaakhir yg berlaku tu tak dikira, mereka bukan autoriti dan tak boleh melanggar ijma’ yang telah berlaku zaman berzaman. Kamu perlu belajar dahulu apa itu ijma’ apa maksud ijma’, bilakah ijma’ diaplikasikan dan sebagainya semua ini dalam ilmu usul fiqh.

Dia kata: tak fahamlah saya ustaz, yang pasti, pakai tudung tu tak wajib!

Saya: Tak apa, jangan keluar hukum dahulu, belajar dulu. Saya belajar usul fiqh 4 tahun nak faham tentang ijma’ dan istidlal, kamu nak saya cerita tentang ijma’ dalam masa 4 minit? Tak apa biar saya taja kamu belajar syariah 4 tahun, belajar sampai faham tak apa..

Dia: …. Saya sibuk ustaz, tak sempat.. tak apalah… terima kasih….

Saya: itulah dah tahu sibuk tak sempat menuntut ilmu, lain kali serahkan pada ahlinya, percaya dengan hukum yang dikeluarkan ulama, jangan sibuk tanya dalil kalau bahasa arab pun tak pandai, ijma’ pun tak tahu, mujmal mubayyan pun tak tahu, nasikh mansukh pun tak reti, rajih marjuh pun tak pernah dengar, am makhsus pun tak faham!

Dia:”………..”

*Pengajaran: Jangan bagi ruang untuk golongan liberal dan modenis untuk semberono membaca dalil tanpa kaca mata ilmu yang benar.

Kesesatan akan berlaku besar-besaran. Institusi ulama akan diremehkan. Kepercayaan kepada ulama akan dipijak-pijak.

Seolah-olah ulama mengeluarkan hukum tanpa dalil yang kuat. Inilah modus operandi golongan liberal dan anti-agama.

Perbahasan dalil dan istidlal ini perlukan penguasaan terhadap pelbagai disiplin ilmu terutamanya bahasa arab dan usul fiqh untuk benar-benar memahami dan mampu meneliti dalil-dalil.

Terutamanya bila bertemu dalil yang terlalu general dan dalil yang saling bercanggah. Semua ini perlukan pengkhususan waktu tafaqquh dan tempoh belajar yang sangat lama.

Kalau tidak, mengapa Imam Abu Hanifah belajar fekah dengan Imam Hammad selama 18 tahun? Setengah riwayat sehingga 40 tahun?

نسأل الله العفو والعافية

Kredit : Adam Azhary

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker