Isu SemasaTeknologi

Anak-anak Muda Melayu Kebanggaan Bangsa

Di dalam sepanjang tempoh Tanah Melayu atau Malaysia telah dijajah selama 446 tahun, pelbagai dakyah dilakukan oleh para penjajah ini untuk meremehkan orang Melayu seperti melabelkan mereka sebagai pemalas, bodoh dan sebagainya. Dek kerana termakan tohmahan itu bertahun-tahun, ada di antara Melayu juga percaya dengan kata-kata itu. 

Namun sebenarnya apa yang orang Melayu ada kekurangan peluang dan sumber untuk menyerlahkan diri. Kini, ramai anak muda Melayu yang mengukir nama Malaysia di persada dunia sekaligus menjadikan negara kita bangga dengan kelahiran anak Melayu ini di negara Malaysia. Siapa sangka 2 orang wanita muda Melayu ini mengharumkan nama negara dengan bakat dan kepandaian mereka.

Dr. Eliesmaziah atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Elies menempa nama apabila berjaya mencipta tudung bernama MoreSlim dan telah diguna pakai oleh polis wanita Muslim di United Kingdom malah turut menarik perhatian New Zealand. Beliau berharap tudung rekaannya dapat membantu pihak badan berkuasa seperti polis, tentera dan sebagainya ketika bertugas. 

MoreSlim direka untuk keselesaan, ciri keselamatan selain reka bentuk yang sesuai dan mempunyai komposisi fabrik yang mendapat pengesahan daripada ISO EN dan AATCC. Tudung MoreSlim juga dikatakan anti-bakteria, anti-mikrob, anti peluh, ringan, lembut serta mempunyai zip di belakangnya untuk kemudahan pemakaian.

Kerajaan Negeri Melaka juga sedang bercadang untuk menyerapkan kegunaan rekaan saintis anak jati Melaka ini kepada tiga buah kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Baca juga>> Kehebatan Tamadun Melayu Suatu Ketika Dahulu

Seorang lagi doktor wanita berjaya menempa nama di dunia apabila mencipta tudung pakai buang untuk digunakan oleh para doktor dan petugas hospital di dewan bedah. Dr. Farah Shaheera Roslan, seorang doktor yang bertugas di hospital United Kingdom pernah diminta keluar dari dewan bedah kerana pemakaian tudungnya tidak sesuai mengikut prosedur standar. 

Dr.Farah Shaheera kemudian tekad untuk mencari jalan penyelesaian dari menyalahkan sistem semata-mata. Tuntutan agama itu penting dan bagi Dr.Farah Shaheera yang juga doktor pelatih pembedahan, beliau tidak mahu kehilangan ilmu yang boleh diperolehi akibat dari kekangan masuk ke dewan bedah. Walaupun bukan semua hospital di United Kingdom menghalang pemakaian hijab di dewan bedah namun setiap hospital mempunyai peraturan masing-masing. 

Doktor Muslimah di UK masih lagi boleh memakai hijab yang baru dan bersih ketika dalam dewan bedah namun Dr.Farah tekad cuba mencari alternatif lain dek kerana pengalaman lamanya. Beliau menghubungi beberapa pembekal material sekitar untuk mencipta tudung pakai buang yang sesuai dan efektif. Usaha beliau mendapat sokongan positif dari orang sekelilingnya serta pihak hospital menjadikan beliau menerima pengiktirafan Mary Seacole NHS Leadership Academy Award 2020. Beliau juga telah dicalonkan dalam British Muslim Award 2020.

Di arus pemodenan ini, tak mustahil anak-anak muda Melayu juga akan semakin berkembang dan dapat mengharumkan nama Malaysia serta orang Melayu di persada dunia. Dengan kebangkitan ini sekaligus boleh menyangkal fitnah penjajah yang Melayu bukan pemalas dan bodoh.

Menarik: Pesanan Srikandi Melayu Untuk Kaum Wanita

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru