AgamaEkonomi

Allah Sangat Murka Dengan Kegiatan Perjudian!

Perkasa Tentang Kewujudan Kasino Kedua Dalam Negara Ini!

“Jika kerana syarikat pemaju gagal untuk menjual ribuan unit kondominium di kawasan Forest City, itu masalah mereka, kenapa pula perlu tebus dengan wujudkan kasino di kawasan tersebut yang Allah sangat murka dengan kegiatan perjudian di muka bumi ini?”

Itu adalah pendirian dan kenyataan tegas dari Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali berkaitan isu kasino yang mahu dibuka di negeri Johor yang kini tular di pelbagai platform media.

Perkasa ingin nyatakan dengan terang tanpa takut bahawa Perkasa menentang sekeras-sekerasnya cadangan untuk mewujudkan kasino kedua dalam negara ini jika benar berita-berita mengenainya yang banyak disiarkan oleh media-media portal berita yang dikatakan akan diwujudkan di Negeri Johor.

Jika ianya mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia, ianya adalah satu bukti jelas bahawa ini adalah seorang pemimpin yang cakap tak serupa bikin kerana zaman beliau mula-mula menjadi Ketua Pemuda UMNO dulu, beliau bertegas untuk perjuangkan menutup kasino di Genting Highland.

“Ini pemimpin yang setiap kali berucap akan terselit ayat-ayat suci Al-Quran tetapi sanggup mewujudkan sebuah lagi kasino di negara ini. Dah tak ada idea lagi ke nak bangunkan ekonomi negara?” Soalnya.

Baca juga>> Adakah Boikot Berkesan atau Sekadar Melepaskan Batuk di Tangga

Bukankah perkara itu merupakan masalah pemaju? Mereka tanggunglah kerugian. Syarikat-syarikat perniagaan-perniagaan lain kalau rugi, Kerajaan nak wujudkan kasino juga untuk selesai masalah syarikat-syarikat itu ke?

Nanti pemaju di Water World Park di Tambun kerugian kerana tiada ramai pengunjung, Kerajaan nak bantu hidupkan taman tema itu dengan buka kasino di situ juga lah? Langkawi, Tioman, Pangkor nanti pengunjung berkurangan kena buka kasino jugalah?

“Saya sendiri sebagai anak Johor sangat-sangat sedih jika wujudnya kasino dalam Negeri yang majoritinya penduduk Islam dan negeri yang anak Melayu seawal 6 tahun dah masuk sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor yang tidak ada di Negeri-Negeri lain seperti itu. Tiba-tiba nak  wujudkan kasino pula di negeri ini,”katanya.

Perkasa mohon pihak Istana Johor tolak cadangan Kerajaan Pusat jika benar mahu wujudkan kasino di Forrest City. Perkasa percaya majoriti rakyat Johor tidak setuju.

Tegas beliau, pihaknya merasa sedih jika negeri yang mempunyai Sultan Melayu beragama Islam tidak dihormati oleh pemimpin Kerajaan Pusat. Ini amat melampau dan biadap!

Tambah beliau lagi, hasil masyhor Negeri Johor cukup untuk membangun dan memajukan negara ini dan tidak perlu dengan hasil perjudian.

“Akhir sekali ingin Perkasa tekankan bahawa Perkasa menentang sekeras-kerasnya satu lagi kasino diwujudkan dalam negara ini!”ujarnya.

Menarik: “Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia” Sudah Tiada ? | Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker