Isu Semasa

Aliff Syukri Hapuskan Gaya Baju Melayu Yang Longgar & Labuh

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Alif Syukri Kamaruzzaman terus menghina budaya dan bangsa Melayu dengan fesyen yang mengarut menjelang Aidilfitri.

Jika sebelum ini, beliau sengaja menampilkan sekumpulan drag queen dalam klip video muzik rayanya, kali ini, fesyen baju Melayu pula menjadi mangsa.

Baju Melayu dicipta untuk menutup aurat lelaki Muslim dan disebabkan ia fesyen menurut Islam, baju Melayu haruslah bersifat jenis longgar dan labuh.

Namun hari ini, baik artis, pempengaruh atau pereka fesyen, semuanya mula merosakkan imej baju Melayu kononnya seiring dengan zaman.

Perhatikan sahaja baju Melayu yang dijual dalam pasaran hari ini, banyak jenis ‘terlalu ketat’ sehingga gerakan untuk ambil wuduk pun jadi sukar.

Mungkin ada segelintir pihak tidak kisah untuk lacurkan fesyen dan budaya demi kemodenan, tetapi kami tetap akan pertahankannya demi warisan!

@demi_malaiu

Video raya Alif Syukri satu propaganda hilangkan budaya dan jati diri orang Melayu? Cukup-cukuplah Melayu hilang sejarahnya dan diklaim generasi puak imigran yang dibawa masuk British demi menjulang budaya luar di atas tanah berdaulat ini!

♬ bunyi asal – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Baca Juga > Anak Melayu Wajib Didoktrin Pakai Tali Leher Ikut Barat Untuk ‘Percaya’ Nampak Bertamadun!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker