Isu Semasa

Alhamdulillah.. Konsert Ejen Pengibar Bendera Pelangi, Billie Eilish Sempurna Dilaksanakan!

Bagi segelintir anak-anak Melayu, kononnya mereka lantang menentang unsur bendera pelangi namun apabila yang datang adalah Billie Eilish, rentaknya berubah.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, salah satu fakta yang kita perlu tahu adalah yang ada kuasa untuk menghalang artis luar negara sebegini bukanlah parti politik.

Bukan parti UMNO, PAS, PKR, DAP, MUDA, Warisan, PBS, Bersatu, Putra, GTA dan banyak lagi pecahannya yang semakin bengong rupanya menjelang PRU-15 akan datang.

Pembeli tiket konsert Billie Eilish sanggup beratur seawal jam 3.00 pagi di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata mahu bertemu dan melihat idola mereka secara realiti.

Sebaliknya, ia didalangi ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kalau ahli Puspal kata semua baik-baik sahaja, maka Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) boleh memilih untuk membenarkan Billie Eilish mengadakan konsert seperti biasa.

Namun jika ahli Puspal yang bermesyuarat adalah cincai dan tidak menyelidik latar belakang artis luar negara yang membuat persembahan, beginilah jadinya dan Stadium Nasional Bukit Jalil sudah dinodai.

Biar pun konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil dikatakan indah khabar dari rupa, itu cerita lain.

Memang di akui sehari dua ini dalam platform media sosial mendapati pelbagai maklum balas diberikan orang ramai yang rata-ratanya kurang berpuas hati dengan suasana konsert penyanyi antarabangsa itu.

Misalnya harga tiket yang dibeli bukannya murah sehingga ratusan ringgit, sistem bunyi serta audio buat hal, pembayar tiket juga terpaksa melayan suara penyanyi yang tenggelam timbul.

Selain itu, ada juga pengunjung luah rasa kesal apabila jarak pentas utama dengan kedudukan penonton terlalu jauh apabila terdapat ruang kosong yang besar dibiarkan di bahagian tengah.

“Kali pertama menyesal pergi konsert, bayar tiket lebih RM500, duduk punya jauh, macam tengok bola dan sepatutnya kena bagi pakej sekali teropong,” ujar Azfar.

Sementara itu, di Twitter, tanda pagar ‘BillieEilishTourMalaysia’ menjadi trending sejak malam tadi.

Namun demikian, berapa ramai pegawai kerajaan menyedari bahawa Billie Eilish adalah seorang pengibar tegar bendera pelangi yang melambangkan kemunculan LGBT secara terbuka?

Billie Eilish dalam salah satu konsertnya di Las Vegas
Billie Eilish dalam salah satu konsertnya di Utah
Billie Eilish dalam salah satu konsertnya di Portugal

Mungkin kerana menyedari mahu mengadakan konsert di Malaysia, Billie Eilish tidaklah mengibarkan bendera pelangi tersebut.

Ada juga orang Melayu yang berkata, tak perlu campur adukkan seni dan agama serta usah mengecam Billie Eilish kerana pemikiran yang dibawa olehnya kerana semua manusia memerlukan hiburan.

Ceritanya adalah dakyah itu disampaikan bukan dengan cara menyebut, “Aku adalah pendokong LGBT. Ikutlah aku. Kalian akan merasai nikmat dunia yang sementara ini.”

Tidak. Cukuplah mereka menjadi seseorang yang menyenangkan di mata anda, telinga ada, jiwa anda, seolah-olah hanya mereka yang sealiran dengan perkara yang anda fikir dan rasa.

Lebih menarik, bagi peminat tegar penyanyi ini, dia adalah idola yang maha dahsyat sehinggakan beberapa influencer turut menunjukkan rasa teruja dan hadir bersama cuba memeriahkan konsert tersebut.

Siapa yang patut ditekan? Mungkin ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana gagal menyelidik siapa Billie Eilish?

Jadi adakah anda antara orang Melayu yang mahu mendiamkan perkara ini atau tularkannya biar pun ia sudah berlalu agar pada masa akan datang, Kementerian bertanggungjawab lebih peka soal ini?

Berikut adalah senarai konsert yang akan diadakan dalam masa terdekat dan dinanti-nantikan ramai rakyat Malaysia demi secebis hiburan yang menyeronokkan!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker