Biodata Ringkas
Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Ismail Bin Wan Mustaffa Bin Wan Musa al Samlawi dan lahir di Kampung Menajung , Tanjung Datuk, Patani .
Pengasas Pondok Gajah Mati yang mahsyur di Kedah ini memulakan perjalanan menuntut ilmunya di Pondok Bendang Daya , seterusnya ke Pondok Bendang Badang dan akhirnya ke Mekah .
Diantara guru beliau ;
1. Al Allamah Arif Billah Tok Bendang Daya Kedua – Besan Beliau
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Minal
3. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fatani .
Selepas pulang dari Mekah , beliau mengajar di Pondok Tualang yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Awang iaitu ayah kepada Tuan Guru Haji Ahmad Rebat . Setelah itu , beliau membuka pondok sendiri di Gajah Mati , Pendang . Pondok beliau diriwayatkan sebagai pondok kedua terbesar di Kedah pada zaman itu selepas Pondok Tuan Hussien al Banjari di Titi Gajah.
Antara anak murid beliau ;
1. Tuan Guru Haji Hamid Tobiar
2. Tuan Guru Haji Ibrahim Paya Sena
3. Tuan Guru Haji Ahmad Rebat Cegar
4. Tuan Guru Haji Ismail Terengganu
5. Tuan Guru Haji Husain Che Dol – Anak Beliau
5. Al Allamah Tuan Guru Pak Chu Him – Menantu Beliau
6. Syeikh Haji Junid Thala
7. Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani
8. Tuan Guru Pak Lang Mad Thowil
Baca Juga >>> tokoh-ulama-kedah-tg-ibrahim-wan-abdul-kadir-pak-cu-him
Selain itu ,
Tuan Guru Haji Ismail juga disebut mempunyai ilmu pertahanan diri yang ampuh . Dizaman beliau , hidup seorang pencuri yang digelar Panglima Nayan . Sultan Abdul Hamid pernah memerintahkan Tuan Guru Haji Ismail Che Dol menangkap Panglima Nayan tidak kira hidup atau mati. Dikhabarkan panglima tersebut amat takut pada Tuan Guru Haji Ismail dan terus menghilangkan diri .
Beliau meninggal dunia ketika berusia 75 tahun dan warisan Pondok Gajah Mati telah disambung oleh menantu beliau Pak Chu Him .
Juga Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!