Biografi Ringkas
Nama beliau mahsyur di bumi Patani sebagai seorang wali Allah yang banyak berjasa pada ummah khususnya dalam bidang penulisan manuskrip guru guru beliau yang bersangatan alim lagi tinggi maqam mereka .
Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Husein Bin Abdul Lathif al-Fathani dan beliau lahir di Kampung Kelaba Beris , Patani .
Keturunan dan Susur Galur Beliau :
Keturunan beliau berasal dari Khurasan . Salasiah keluarganya seperti berikut :
● Moyang Kepada Moyangnya – Syarif Zainal Abidin belayar dari negeri Khurasan merantau ke Pulau Jawa lalu berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Minangkabau. Oleh sebab terjadi peperangan di Jawa, Syarif Zainal Abidin bersama salah seorang Raja Jawa keluar dari Pulau Jawa lalu terdampar di Kelaba . Syarif Zainal Abidin adalah seorang ulama, sebab itu mudah baginya mendapat pengaruh di Kelaba. Beliau meninggal dunia di Kelaba .
● Datuk Moyangnya – Syeikh Abu Bakar – berpindah ke Kelantan dan menetap di Kampung Laut
● Ayah Moyangnya – Syeikh Abdullah
● Moyangnya – Syeikh Abdus Shamad berpindah dari Kampung Laut , Kelantan ke Kelaba
● Datuknya – Syeikh Abdul Mu’min
● Ayahnya – Syeikh Abdul Lathif
Kesungguhan Beliau dalam Menuntut Ilmu
Kesungguhan beliau dalam menyalin manuskrip guru beliau amat luar biasa sehingga mengakibatkan siku beliau berbekas hitam menebal (membelulang) kerana bertekan sewaktu melakukan penulisan yang terlalu banyak .
Tok Kelaba ialah anak murid kanan pada Tok Bendang Daya Muda . Banyak kitab kitab yang disalin oleh beliau ada tercatit nama gurunya itu di nota nota kitab .
Diantara guru beliau ;
1. Imam Abdul Samad – Ayah saudaranya
2. Tuan Guru Haji Kamal – Kampung Setan
3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pancor Bin Abdul Samad – Abang sepupunya
4. Al Allamah Arif Billah Tok Bendang Daya Muda
5. Tuan Guru Haji Awang Kecil
6. Tuan Guru Lebai Encik Hitam – Kampung Ga‘ma
7. Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif – Kampung Bendang Badang
8. Tuan Guru Haji Muhammad Salih – Kampung Bendang Gucil
9. Imam Raja Patani | Tuan Guru Haji Abdul Latif Garak – Bendang Daya
10. Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Zain al Fathani – Ayah Syeikh Ahmad al Fathani
11. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al-Fatani
12. Syeikh Nik Mat Kecik Patani – Pengarang Kitab Matlaul Badrin & Wisyahul Afrah
13. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah – Mekah
Diantara anak murid beliau ialah ;
1. Al Allamah Tok Ayah Kedah | Tuan Guru Haji Abdullah Bin Tahir
2. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Fadhullah Domis Besut
Kewafatan Beliau
Beliau meninggal dunia pada usia 85 tahun dan disemadikan jasadnya di tanah perkuburan kaki Bukit Selindung Bayu berdekatan Masjid Raja Teluban .
Juga Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!