Isu Semasa

Aksi Silat, Robot Berkeris Antara Elemen Jadikan Filem Mechamato Jauh Lebih Maju!

Siapa kata Malaysia tiada karya yang bagus? Tahukah anda bahawa filem Mechamato jauh lebih maju kerana dalam mengangkat teknologi, turut disematkan aksi silat dan robot berkeris sebagai elemen ikonik.

Berbanding dengan kebanyakan filem lain yang semuanya mahu ikut Hollywood, Korea dan sebagainya, apakah pembikin filem tidak tahu bahawa mereka mungkin alami kerugian?

Jelas bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan cerita permotoran, hantu, gangster dan komedi slapstik yang langsung tidak membangunkan minda penonton.

Kemajuan sesebuah filem itu hanya boleh berlaku apabila ia mempunyai asas, pasak atau jati diri sebelum dikembangkan untuk kepentingan komuniti.

Kalau dahulu dalam filem BoBoiBoy, penonton dihidangkan dengan pesawat berbentuk congkak maka dalam filem Mechamato ini, penonton berpeluang melihat bagaimana rupa bangunan berbentuk destar.

Jelas ia suatu lambang yang cukup ikonik kerana pada era ini, seluruh jenis bangunan cuba disamakan dan aspek kekreatifan itu dihapuskan secara perlahan-lahan oleh tangan ghaib!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker