Nisan Penanggahan, prasasti berbentuk nisan bertulisan aksara dan bahasa Melayu telah ditemukan di Barus, Sumatera, Indonesia.
Dalam prasasti tersebut telah menyatakan tarikh ianya direkod iaitu pada bulan Āṣāḍha di tahun Śaka 1272, iaitu bersamaan dengan 29 Jun 1350 M, kira-kira 672 tahun yang lalu.
Dalam pada masa yang sama, terdapat lagi satu prasasti yang ditemukan tapi dalam bahasa Arab, bertarikh yang sama.
Penemuan ini adalah antara salah satu petunjuk bahawa pada masa itu, pengaruh Islam sudah menembusi Alam Melayu.
Dalam pendidikan arus perdana, agama Islam dikatakan mula masuk ke Melaka pada abad ke -15 Masihi, namun ada sesetengah penyelidik dan sejarawan bersetuju bahawa Islam sudah masuk ke Tanah Melayu lebih awal daripada itu.
Dengan penemuan prasasti Penanggahan ini, ia boleh menjadi penunjuk dan bukti bahawa Islam telah masuk ke Tanah Melayu serta kawasan Alam Melayu yang lain, lebih awal tidak seperti yang dicatat dalam buku-buku teks sekolah.
Selain itu juga, prasasti ini juga menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu bukan hanya terpakai di bahagian Sumatera selatan sahaja, bahkan seluruh Sumatera selatan dan Barat.
Ini adalah kerana ada mereka yang tidak bersetuju sekiranya bahasa Melayu hanya terpakai di daerah Sumatera selatan sahaja dan dalam masa yang sama menangkis penolakan bahawa bahasa batak itu adalah sebahagian daripada bahasa Melayu.
Di Sumatera Utara ada dua pusat kebudayaan Melayu yang sudah ada sejak lebih dari 1000 tahun. Yang pertama di pantai timur, terutama di sekitar Medan, di Kota Cina.
Yang kedua di pantai Barat dari Natal hingga ke Barus dan yang ketiga adalah di Padang Lawas.
Sumber: Uli Kozok