Ekonomi

Akibat Menubuhkan Malay National Bank Maarof Zakaria Akhirnya Ditamatkan Riwayat!

Allahyarham Maarof Zakaria, seorang pejuang ekonomi Melayu sejak sebelum merdeka. Telah menubuhkan sebuah bank khas untuk membantu orang Melayu dari segi ekonomi.

Penubuhan Malay National Bank ditubuhkan pada sekitar tahun 1947 kerana pada ketika itu orang Melayu hanya mampu meminjam wang dari ceti untuk modal perniagaan dan pelaburan kewangan mereka.

Ketika itu hanya dua buah bank sahaja di tanah Melayu yang dimiliki oleh penjajah Inggeris serta kaum cina iaitu The Chartered Bank dan Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC).

Kedua-dua bank ini mendiskriminasi orang Melayu pada ketika itu dengan tidak memberi pinjaman wang kepada mereka dengan alasan mengatakan Melayu ‘hina’ dan ‘mundur’.

JANGAN LUPA BACA: Wakil Bank Bumiputera, Jalil Ibrahim Ditamatkan Nyawa Selepas Siasat RM2.5 Bilion

Di sini kita sudah boleh nampak dengan nyatanya betapa mereka tidak pernah hormat pada tuan rumah tanah Melayu ini.

Oleh kerana tidak boleh meminjam dari bank tersebut, orang Melayu hanya mampu meminjam dari ceti dan ceti pula mengenakan kadar bunga yang tinggi.

Allahyarham yang juga merupakan seorang peguam pada ketika itu tidak sanggup untuk melihat nasib orang Melayu ditindas pada ketika itu lantas menubuhkan bank orang Melayu.

Tanah milik keluarga yang terletak di Jalan Klang Lama dijual bagi mendapatkan modal permulaan untuk membangunkan bank tersebut.

Sebaik tertubuhnya bak tersebut, Allahyarham menerima banyak ugutan dan diancam dengan bermacam cara oleh mereka yang tidak mahu sama sekali melihat orang Melayu berjaya.

Pada mulanya Allahyarham diugut oleh kumpulan kogsi gelap yang diketui oleh Parti Komunis Malaya (PKM) supaya menutup bank orang Melayu tersebut, tetapi Allahyarham tidak tunduk dengan permintaan tersebut.

ANDA MUNGKIN MEMINATI : Apakah Itu Portal Dan Adakah Ia Wujud Di Tanah Melayu? Ini Antara Cerita Lisan Yang Tercatat!

Selepas 10 bulan berlalu, beliau diculik dan pada tarikh 4 Disember 1947 mayat Allahyarham ditemui mati di Batu 13 Jalan Kuala Lumpur dengan keadaan mayatnya tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan.

Polis menemukan jam Rolex dan dompet milik beliau, maka jelas ini membukti pembunuhan ini bukan bertujuan untuk merompak Allahyarham.

Pembunuhan ini mempunyai motif yang jelas iaitu untuk menyekat kemajuan ekonomi orang Melayu serta merta rentetan dari penubuhan Malay National Bank.

ANDA MUNGKIN MEMINATI: Dua Individu Terawal Terima Kain Khas Setelah Bangkit Dari Kubur, Yang Lain Semua Berkafan!

Walaubagaimana, bank orang Melayu ini telah berjaya memberi pinjaman perniagaan kepada usahawan Melayu hatta selepas kematian Allahyarham.

Cukup besar usaha dan pengorbanan Allahyarham Maarof Zakaria dalam membangunkan ekonomi orang Melayu.

Demi memperingati jasa dan pengorbanan Allahyarham, sebatang jalan di Kuala Lumpur telah diberikan nama ‘Jalan Maarof’ sempena mengingati pejuang ekonomi Melayu ini.

Al-Fatihah buat Allahyarham Maarof Zakaria.

➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button