Agama

AJARAN IBN ARABI MEMBERI PENGARUH BESAR KEPADA PEMBENTUKAN EMPAYAR UTHMANIYYAH

Ibn ‘Arabi telah memberikan pengaruh dan sumbangan yang tersangat besar kepada pembentukan Empayar Khilafah Uthmaniyyah.

Menyorot perjalanannya dalam pencarian Ilmu Hikmah dan Makrifah, kita akan mendapati bahawa beliau telah melewati beberapa tempat seperti Tunisia, Maghribi, Mesir, Baghdad sehingga sampai ke Turki (Anatolia).

Beliau pernah singgah di Konya dan Malatya yang terletak di Turki di dalam penyebaran ilmunya yang dalam lagi bermakna.

Di Konya inilah beliau menjadi bapa tiri kepada Sadr al-Din al-Qunawi. Sadr al-Din al-Qunawi merupakan pentafsir dan penerus kepada ajaran Ibn ‘Arabi di sebelah Turki.

Beliau mengembangkan ajaran Ibn ‘Arabi di Turki sebelum pembentukan Empayar Uthmaniyyah. Dalam sejarah Ibn ‘Arabi Di Malatya, Turki, beliau dikisahkan pernah memberikan kitabnya kepada masyarakat untuk diambil mahligai isinya dan digunakan manfaatnya untuk pembentukan Tamadun Islam yang gemilang.

Hampir empat tahun lebih beliau berada di Turki ini sehingga mampu mempengaruhi pemikiran dan kosmologi bumi Turki sehingga Empayar Uthmaniyyah terbina.

Dari sini jugalah Jalaluddin Ar-Rumi bersama-sama Sadr al-Din al-Qunawi yang merupakan pensyarah kitab Ibn ‘Arabi menjadi tunjang ilmu Tasawwuf di bumi Turki.

Dinyatakan juga bahawa Jalaluddin Ar-Rumi pernah ke Damsyik tempat Ibn ‘Arabi disemadikan. Ini menujukkan perhubungan erat yang memberi kesan pengaruhi kepada ketamadunan bumi Anatolia ini.

Ketika kerajaan Al-Mohad dikalahkan sehingga Kordova dan Seville terlepas daripada genggaman orang Islam pada tahun 668 H, Tentera Monggol pula datang mengalahkan tentera Abbasiyah pada tahun 656 H.

Kemudian mereka ke Turki untuk menghapuskan pemerintah Saljuk di Turki. Apa yang tinggal hanya saki baki Beylik yang ditubuhkan oleh Uthman Bey iaitu Ertugrul pada 697 H di Konya.

Ertugrul inilah mendapat pengaruh Tasawwuf daripada ajaran Ibn ‘Arabi. Pemerintahan Empayar Uthmaniyyah yang baru ini mengambil kekuatan Rohani tiga tokoh Sufistik iaitu Ibn ‘Arabi, Sadr Al-Din al-Qunawi dan Jalaluddin Ar-Rumi.

Uthman Ghazi merupakan ipar kepada Sheikh Edebali yang merupakan seorang sheikh tariqah di Anatolia. Pemerintahan di Anatolia memaparkan banyak tulisan-tulisan Ibn ‘Arabi dipaparkan untuk dihayati.

Ia termasuk puisi-puisi Mathnawi Jalaluddin Ar-Rumi. Puisi Mathnawi juga merupakan cerminan pengaruh Ibn ‘Arabi yang sangat kuat.

Bukti yang sangat jelas perkaitan Pemerintah Empayar Uthmaniah dengan Ibn ‘Arabi ialah Sultan Uthmaniah Selim I telah memberi dana yang besar untuk pembinaan Mosuleum sebagai memperingati Maqam Ibn ‘Arabi di Damsyik.

Sultan Orhan Ghazi yang merupakan sultan kedua Uthmaniyyah yang sangat menghargai Tasawwuf telah memberikan Sheikh Daud Qasyari (W.751H) mengajar di Madrasahnya.

Sheikh Daud Qasyari merupakan murid kepada Kamal al-Din al-Qashani. Al-Qashani sangat rapat dengan Sadr al-Din al-Qunawi dan sentiasa mengambil ilmunya yang begitu banyak.

Sadr al-Din al-Qunawi merupakan penerus kepada intelektual tasawuf Ibn ‘Arabi. Secara konklusinya pengaruh Ibn ‘Arabi yang bersifat sufistik membentuk ketamadunan Empayar Khilafah Uthmaniyyah yang gilang gemilang dari aspek keteguhan politik, keberlangsungan ekonomi, kelestarian sosial dengan keindahan seni bina serta ketinggian peradaban.

Abd Rahman Tajudin Al-Azhari @ Emang Galileo

Fellow Counter Narrative Centre for Countering Violent Extremism (CONCAVE), Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI).

Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Malaysia ISLAMI.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker