Isu Semasa

Netizen Desak Produksi Mentega Terbang Disiasat Bawah Akta 559 Seksyen 7, 13 & 17

Filem indie, Mentega Terbang (Butter – Fly) pernah ditolak selepas ia cuba dihantar ke FINAS bagi mendapatkan kelulusan sekitar tahun 2021.

Namun produksi ini mengambil sikap alternatif dengan menayangkannya dalam tayangan tertutup sebelum disiarkan dalam platform saluran atas talian, Viu pada 2023.

Disebabkan ‘berjaya’ terlepas ke Viu, filem ini akhirnya kantoi membawa mesej berat yang bercanggah dengan nilai norma seorang remaja Melayu.

Entah apa yang difikirkan oleh pengarahnya, Khairi Anwar, seorang Melayu beragama Islam untuk menghasilkan filem yang secara terang-terangan mempromosi pluralisme dan pemikiran liberal.

Kononnya, filem ini mahu membawa isu masyarakat yang sensitif dan berat yang jarang dihasilkan oleh filem-filem lain yang ada dalam industri.

“Hak manusia untuk memilih agama” telah menjadi tema bagi filem Mentega Terbang ini merupakan suatu tindakan yang berani dan sangat provokasi dan amat tidak wajar kerana ianya hanya berteraskan hak duniawi semata-mata tanpa memikirkan sensitiviti agama, masyarakat dan negara itu sendiri.

Mendoktrinkan pemikiran liberal dan pluralisme agama dalam filem ini jelas terzahir dalam adegan di mana Aishah, selaku watak utama filem itu berdialog bersama rakannya, Surej, berkata “saya boleh makan babi, saya tak kesah”.

Selain itu, ayah kepada Aishah yang berfikiran liberal juga telah mengatakan kepada anaknya bahawa Aishah bebas memilih agama apa-apa sahaja yang dia mahu.

Perkara ini jelas mempromosi aktiviti murtad kerana Aishah dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam.

Sohor Kini >> Doakan saudar-saudar kita di Johor. harapnya ada usaha bantuan utk mereka

Pendoktrinan pemikiran sebegini amat berbahaya kepada anak-anak muda dan generasi kini yang sedang sibuk mengeksplorasi dunia.

Jika maklumat-maklumat sebegini acap kali dihidangkan kepada mereka, tidak mustahil mereka akan menerimanya lambat laun. Ini yang kita takutkan.

Sebelum ini, filem ini pernah ditayangkan secara tertutup seperti di universiti-universiti tempatan dan sejak dua menjak ini barulah di tayangkan di aplikasi Viu.

Bukankah ini suatu hal yang menakutkan kerana mereka cuba menanamkan idea-idea sebegini dalam pemikiran anak-anak muda dan menyasarkan kepada kelompok-kelompok berpendidikan.

Bagaimana pula filem-filem ‘underground’ yang tidak digembar-gemburkan dalam aliran media massa yang dipertontonkan kepada anak-anak muda ini secara diam-diam?

Sudahlah filem Mentega Terbang ini mempersendakan agama, malah melanggar pula Akta 589 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dan lain-lain. 

Ia juga boleh jatuh di bawah Seksyen Seksyen 13. Pemujaan salah, atau Seksyen 17 iaitu menghasut supaya mengabaikan kewajipan beragama.

Kata Syed Hassan, presiden PERKASA berkata “Penerbit patut tidak layak terbitkan apa sahaja betuk terbitkan sama ada artikel mahupun video yang bertentangan ajaran Islam. Jika mahu terbitkan apa-apa berkaitan atau menyentuh amalan atau ajaran Islam, perlu dapatkan kelulusan pihak berwajib. Skrip perlu disemak oleh JAKIM. Samalah juga mana-mana ustaz atau ustazah mengajar tanpa tauliah, tidak dibenarkan mengajar. Filem ini diterbitkan dengan cara salah seperti ustaz mengajar tanpa tauliah.”

Filem-filem indie ini sememangnya lebih ‘independent’ serta lebih bebasa dan mereka tidak terikat dengan mana-mana agensi kerajaan atau sesiapa pun, jadi memang susah sikit untuk dipantau.

Namun, kita sebagai penonton perlulah bijak menilai dan buatlah laporan ke tempat sepatutnya untuk filem-filem yang terang-terang cuba menyebarkan idea-idea yang jelas bertentangan dengan agama Islam.

Ada juga komen daripada penonton tentang filem ini di mana “Kalau minda tak terbuka, filem ini tidak sesuai ditonton oleh anda.”

Ini bukan masalah minda terbuka atau tidak, ini soal menghormati agama, bangsa dan negara.

P/S: Ada juga ye pelakon Melayu yang menyokong idea dalam filem ni.

Baca juga >> Kontroversi Mentega Terbang: Filem Provokasi Terbuka Terhadap Islam? – PUTRA

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button