Agama

Ahli Sunnah Wal Jamaah Pasak Perpaduan Umat Di Bumi Melayu

Bangsa Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang terikat dengan agama Islam. Ciri-cirinya adalah beragama Islam, berbahasa Melayu, dan mengamalkan budaya hidup orang Melayu.

Akidah Ahli Sunnah Wal jamaah sememangnya bergerak seiring dengan jati diri orang-orang Melayu sejak zaman Melayu Melaka lagi.

Orang Melayu kini sangat lemah jati diri dan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal jamaah sehingga tercetus gejala sosial dan perpecahan umat melayu.

Teori kedatangan Islam telah datang ke Tanah Melayu melalui pedagang dan pendakwah antaranya dari India dan Yaman sejak zaman Melayu Melaka lagi.

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah peganganya secara menyeluruh diambil daripada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Empat Mazhab iaitu Maliki, Hanbali, Syafi’i, dan Hanafi.; Imam ilmu tauhid Abu Hasan al-‘Asy‘ari dan Imam Abu Mansor al-Maturidi dan tasawuf yang berpaksikan Imam al-Ghazali.

Kepentingan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dalam kehidupan seharian adalah dengan adanya akidah ini, dapat mengukuhkan kesatuan umat.

Cabaran yang menggugat Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sisi dalaman ialah cabaran untuk mengkaji dan menyelidik kitab-kitab turath dan jawi lama ulama melayu.

sisi luaran Islam pula ialah cabaran pemikiran-pemikiran dan fahaman-fahaman asing yang merosakkan minda dan pemikiran orang melayu.

Akibat tidak berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tiada kestabilan, tiada keadilan, tiada pertengahan, dan kesederhanaan tidak akan berlaku dalam kehidupan kita.

Peranan kita adalah dengan memilih pemimpin yang memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam semua aspek.

Peranan pendidik hendaklah memperkasakan sama ada dari sudut penerbitan, perbincangan dan pembelajaran perlu mengukuhkan kembali manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jelaslah kita sangat lemah dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini sehingga menyebabkan runtuhnya jati diri, berlakunya gejala sosial dan perpecahan bangsa Melayu.

Oleh itu, kita mestilah memilih pemimpin yang kuat pegangannya dengan manhaj ini dan memperkukuhkan akidah masing-masing dengan akidah yang muktabar.

Jangan lupa ikuti kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker