Minggu lalu, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan satu insiden kontroversi yang telah mencemarkan reputasi dan nama baik negara ini.
Aksi kumpulan muzik THE 1975 ini adalah antara bukti sifat haiwan yang dipamerkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang mungkin telah beranggapan Malaysia adalah sebagai sebuah kandang Zoo.
Perkara ini, terjadi apabila vokalis utama kumpulan rock British, The 1975, telah melakukan satu tindakan di luar batas dengan melakukan aksi tercemar, tidak senonoh, tidak bertamadun dan biadab dengan mencium mulut pemain bass yang juga lelaki iaitu Ross Mcdonalds ketika Good Vibes Festival 2023 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 Julai 2023, Jumaat yang lalu.
Atas kejadian ini, ramai pihak telah bersetuju dan berpandangan perlu ada sebuah badan atau entiti yang mendesak supaya satu pasukan khas membabitkan pihak Polis dan penguatkuasa diwujudkan untuk memantau dan menyekat artis luar negara yang berniat melakukan persembahan di negara ini.
Ianya, adalah bagi mengelak dan membanteras supaya insiden biadab berkaitan golongan LGBT di atas pentas konsert seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Perlakuan yang keji tersebut telah mencemar kedaulatan negara sekaligus telah melanggar adab dan adat serta tata budaya tempatan selain tidak langsung menghormati sensitiviti rakyat di negara ini.
Walaupun, tindakan lanjut yang patut diambil adalah perlu menyenarai hitamkan kumpulan artis luar negara yang membuat permasalahan di negara ini namun ianya masih tidak memadai.
Semua pihak pengkhianat yang terlibat terutama yang menjadi orang dalam menjayakan konsert berkenaan perlu diambil tindakan dan disiasat secara tegas dan tuntas.
Malaysia mempunyai undang-undang untuk menghukum para pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.
Justeru, Penguatkuasaan tegas berlandaskan undang-undang perlu dilaksanakan segera bagi memberi pengajaran kepada mana-mana individu lain tidak kira dari dalam negara atau luar negara supaya menghormati perundangan yang dikuatkuasakan di negara Malaysia ini.
Jika tidak, entah apa lagi agenda dan budaya songsang yang bakal dibawa masuk kelak yang akhirnya nanti hanya akan menjadikan negara ini sebagai pusat pembiakan manusia dengan sifat tercela dengan dipimpin pula oleh pemimpin munafik yang hanya pandai bermuka-muka.
Sepatutnya, sekatan dibuat pihak berkuasa ke atas mana-mana pihak berkenaan dilakukan sebelum berlakunya sesuatu insiden kontroversi bukan selepas berlaku baru nak tunjuk sibuk prihatin dan tahu guna kuasa.
Takkan nak buat hipotesis pun rakyat nak ajar!
Jelas menunjukkan pentadbiran dan sikap pemimpin yang sangat lemah, Tak ubah ‘ibarat sudah terhantuk baru nak tengadah.’
Nauzubillahiminzalik….