Masyarakat Melayu pernah dimomokkan kononnya adat bersanding dalam perkahwinan Melayu kononnya diceduk daripada budaya India dan kekal sehingga hari ini.
Jika menyoroti sejarah, dalam alam Melayu, adat bersanding ini dikaitkan dengan ‘raja sehari’ dan apabila menyebut perkataan raja, sudah tentu ia berkait dengan raja itu sendiri.
Namun setelah melakukan beberapa kajian dan bertanya kepada pengkaji, majoriti menolak pendapat apabila adanya orang Melayu itu berkahwin, adat bersanding yang dilakukan bukanlah berilhamkan budaya dari India.
Hal ini demikian kerana berbalik kepada perkataan ‘raja sehari’ dan raja itu sendiri, sudah tentu ia berkait dengan budaya watan tanpa perlu pun mengadaptasi budaya luar hanya untuk kelihatan gah.
Maka setelah kajian dan carian dibuat, langsung tidak pernah ditemui mana-mana gambar bahawa Maharaja India mahu pun Maharaja China misalnya, duduk bersanding di atas takhta.
Langsung penemuan atau pun lakaran dibuat bahawa Maharaja India mahu pun Maharaja China duduk bersama isteri sebagai simbol kebersamaan dan penghormatan di singgahsananya.
Maharaja China
Selain gambar ini, gambar-gambar lain yang mevisualkan rupa Maharaja China langsung tidak menunjukkan mereka pernah duduk bersanding sama seperti raja Melayu atau orang Melayu.
Maharaja India
Selain gambar ini, gambar-gambar lain yang mevisualkan rupa Maharaja India langsung tidak menunjukkan mereka pernah duduk bersanding sama seperti raja Melayu atau orang Melayu.
Raja Melayu
Raja Melayu dengan bangganya membawa permaisuri duduk bersama di atas singgah sana sekali gus membuktikan takhta yang diamanahkan berada dalam keadaan baik.
Raja sehari
Adat bersanding dalam perkahwinan Melayu memberi peluang pengantin baharu untuk merasai detik menjadi ‘raja sehari’ dan pengantin dilayan dengan tersangatlah manis.
Dari segi pelamin, mirip kepada singgahsana raja-raja Melayu ketika pelbagai majlis yang melibatkan pertemuan bersama beberapa pihak.
Apakah Benar Bersanding Itu Budaya India?
Maka dengan itu, sehingga hari ini, bagi segelintir masyarakat yang sukar menerima fakta-fakta di luar buku teks, mereka agar sukar untuk menerima adat orang Melayu tersebut.
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!