Agama

Ada Yang Tolak Pemahaman Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Kesannya Amat Mengerikan!

Setiap umat Islam di negara ini perlu mengetahui aliran ahlus sunnah wal jamaah yang wajar dipegang sebagai akidah haruslah berlandaskan fahaman akidah dua imam besar.

Dua imam besar tersebut adalah Abu Hassan al-Asy’ari dan Abu Mansor al-Maturidi dan perlu difahami, dua imam ini bukanlah mewujudkan fahaman akidah yang baharu.

Sebaliknya meneruskan, memperkukuhkan dan memaklumkan kepada umat Islam tentang akidah-akidah yang diwarisi sejak zaman Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.

Istilah ahlus sunnah wal jamaah itu datang daripada hadis Baginda yang sangat masyur selain ia sudah tercatat dalam kitab tauhid antara kurun kedua dan ketiga hijrah.

Menurut Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, Tuan Guru Haji Abd. Raof Haji Nurin Hafidzahullah, kitab Firaq Minal Firaq antara yang menyentuh perkara ini.

“Kitab Firaq Minal Firaq wujud pada kurun keempat hijrah dan ada mencatatkan tentang perihal ahlus wal jamaah.

“Antara hadis masyhur Baginda berkenaan perihal itu menzahirkan perkataan:

‘Ahlus sunnah wal jamaah itu ialah mereka yang akidah-akidahnya, pegangan-pegangan tauhidnya telah diambil daripada daku’.

‘Tidak didapati seorang pun daripda tokoh al-muhaddis, ahli tafsir, ahli hadis, tokoh fuqaha, tokoh fiqah, tokoh usul fiqah, ahli lughah, ahli tawarikh, tokoh muslih yang cuba untuk mentarbiah, memimpin, membimbing orang ramai kepada kebenaran melainkan ia adalah tokoh Asya’irah mahupun Maturidiyah’.

Ulas Abd. Raof dalam menterjemahkan petikan Arab dalam kitab tauhid tersebut sekali gus menunjukkan ia diambil terus daripada salafussoleh khasnya daripada Baginda SAW.

“Apabila berpegang dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah, seseorang itu akan kecapi keseimbangan, kestabilan, keadilan dan pertengahan dalam menjalani kehidupan.

“Sekiranya tidak berpegang dengan aliran akidah itu, seseorang itu boleh hilang jati diri, jadi semakin bingung dan tiada hala tuju,” kata Abd. Raof.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker