Di akhir abad ke 21 ini, kita melihat bagaimana hilangnya jati diri, nilai-nilai diri manusia dan ini kita perkatakan dalam soal adat dan adab.
Ungkapan itu telah diperkenalkan oleh Almarhum Hamka yang menyebut bahawa adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah dan ada lagi sambungannya.
Adab ini boleh simpulkan dalam dua perkataan sahaja iaitu akal budi.
Adab ini dalam bahasa Inggeris disebut sebagai manners atau gelagat perangai manusia.
Tetapi disebut juga sebagai budi bahasa, budi pekerti, sopan-santun, tatasusila.
Kalau dalam Islam disebut sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang baik yang dikatakan sebagai adab.
Tetapi adab ini harus disandarkan kepada falsafah.
Jadi dalam konteks Melayu Islam yang disebut dalam Perlembagaan, Melayu adalah Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan sebagainya.
Adab itu mesti disandarkan kepada sesuatu sistem.
Maka dalam konteks Melayu ini disebut sebagai Melayu Islam, maka konteksnya ialah agama.
Nilai-nilai yang ada dalam agama itu mencerminkan dan menjadi kayu ukur kepada adab-adab.
Sebelum Islam datang ke sebelah Nusantara atau Alam Melayu ini, orang Melayu sudah pun ada akal budi iaitu adab.
Tetapi apabila Islam datang ke dunia Alam Melayu ini, maka nilai-nilai adab orang Melayu itu telah dimurnikan.
Antaranya dalam soal adat perkahwinan. Yang kedua ialah adat.
Jika adab itu disebut sebagai akal budi, adat itu disebut sebagai Perlembagaan atau Undang-undang.
Adat adalah aturan, prosedur atau perbuatan yang ketara.