Inilah yang Alfonso tidak mahu.
Maka terakhir yang dikatakan beliau, “Apa kamu semua kena sedari bahawa 8 buah kapal orang Islam Melaka yang kita tawan, ianya boleh menampung 20 buah kapal Galleon yang kita miliki. 8 buah kapal melaka yang besar bersamaan dengan 25 buah kapal Galleon orang Inggeris, orang Portugis”.
Teknologi pembuatan kapal semasa itu berada di tangan orang-orang Melayu yang menduduki Asia Tenggara. Teknologi ini sebenarnya dipinjam daripada orang-orang Phoenician terdahulu yang menurunkan ilmu pembuatan kapal dan ilmu-ilmu laut kepada bangsa-bangsa di wilayah ini.
Maka dengan itu, dengan menguasai Melaka, ia adalah kunci kepada kejayaan sesuatu kuasa itu jika menguasai laluan perdagangan yang paling sibuk dan suatu perniagaan yang menjana pendapatan yang lumayan ini.
Akhirnya setelah 2 kali percubaan Portugis untuk mengambil Melaka, kota ini telah jatuh ke tangan Portugis.
Disini, perlu diperjelaskna bahawa kejatuhan Melaka bukanlah kerana askar-askarnya yang hanya menggunakan keris dan tombak, kerna pada waktu itu penciptaan meriam sudah pun lama wujud sebelum Portugis datang ke Melaka, namun ianya adalah dek kerana pengkhianatan daripada orang Melaka itu sendiri yang menyebabkan Melaka terus tersungkur ke tangan penjajah.
Setelah Melaka ditawan, Alfonso telah membuat beberapa tawaran kepada orang-orang Portugis di Melaka, sekiranya mereka dapat mengahwini perempuan-perempuan tempatan di Melaka, mereka akan diberikan sejumlah ganjaran, mendapat pelepasan cukai dan boleh pencen awal.
Maka dengan itu, tentera-tentera Portugis di Melaka berlumba-lumba untuk berkahwin dengan wanita-wanita Melayu dan seterusnya terlahirlah keturunan-keturunan serani, iaitu orang Melayu yang berjaya dimurtadkan oleh Portugis ketika itu.
Maka itulah tujuan Portugis untuk menjejakkan kaki ke Melaka pada waktu itu. Bukan hanya Portugis yang menggalas tanggungjawab ini, kerajaan-kerajaan Eropah yang lain seperti Belanda, British, Sepanyol dan yang lain juga membawa satu misi yang sama, untuk memurtadkan orang-orang Islam di wilayah timur ini.
Oleh demikian, rakyat Malaysia lebih-lebih orang Melayu perlu sedar bahawa kejatuhan kota Melaka merupakan satu iktibar yang perlu di ambil.
Jangan dibiarkan sejarah berulang kembali.
Baca di sini untuk Ada apa dengan Malaysia? Dari dulu sampai sekarang, Malaysia dibidik musuh (BHGN 1)
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!