Sejarah

Ada apa dengan Malaysia? Dari dulu sampai sekarang, Malaysia dibidik musuh (BHGN 1)

Walaupun Malaysia dikatakan telah keluar daripada genggaman penjajah, dah sambut 65 tahun ‘kemerdekaan’ namun ramai yang tak sedar bahawa Malaysia masih lagi menjadi ancaman musuh-musuh dari luar yang selera benar dengan Malaysia ni.

Ancaman dari dalam sebenarnya lebih hebat daripada ancaman daripada luar.

Percubaan-percubaan untuk merampas Malaysia daripada dalaman telah lama berlaku, sejak daripada zaman kolonial hinggalah kini.

Sedar atau tidak, motif untuk mencuri Malaysia ini adalah bermotifkan agama dan merompak hasil kekayaan negara ini.

Namun demikian, walaupun hasil kekayaan ini telah banyak dirompak oleh pihak kolonial, telah berakhir secara literalnya, namun ancaman untuk memurtadkan orang Islam sehingga kini masih lagi berjalan dengan aktif dan halusnya.

Semasa era Kesultanan Melaka, Francis Xavier, paderi Kristian dari Portugis, yang datang ke Melaka dengan memakai rantai salib dengan niat untuk melawat Melaka semasa itu, telah ditegur oleh Sultan Melaka, katanya kalau kamu nak masuk ke Melaka, bawa keluar salib itu, jangan berani-berani pakai salib di tanah orang Islam”.

Disebabkan kejadian itu, Francis Xavier berasa tidak puas hati terhadap sultan Islam tersebut kerana beliau terpaksa membuang salibnya ke dalam laut setelah diarahkan berbuat demikian.



Tujuan Portugis ke Melaka sebenarnya bukanlah semata-mata untuk menguasai perdagangan rempah, mereka membawa suatu ekspedisi untuk mengkristiankan seramai boleh umat manusia di bahagian timur.

Tugu Xavier di Melaka

Selepas pembukaan terusan Suez dan penemuan Tanjung Harapan (cape of Goodhope), orang-orang di benua Eropah terbuka mata mereka bahawa wujudnya tamadun yang hebat di rantau sebelah sini.

Lagi pula, pada abad 1400 Masihi adalah permulaan penjelajahan orang-orang barat ke serata dunia manakala pada ketika itu Melaka dan Nusantara yang lain sudah lama maju dan mempunyai tamadunnya tersendiri.

Ini adalah kerana tahun pembukaan Melaka yang sebenar adalah pada abad 1200 Masihi lagi dah bukanlah pada abad 1400 Masihi seperti yang tercatit di dalam buku-buku arus perdana.

Kata Alfonso Albuquerque, “semua tempat yang kita singgah tidak ada petunjuk kota-kota lain yang ada rempah sehebat ini. Ini adalah komoditi utama yang mana dengannya umat Islam menjalankan perniagaan dan jika kita mengambil perdagangan ini daripada mereka maka tidak perlu lagi menggunakan cara-cara lain untuk menanggung perbelanjaan Armada itu. Maknanya ambil Melaka, perniagaan seluruh orang Islam mati. Jika kita ambil Melaka, kekayaan akan berpindah kepada kita, dan Islam tidak akan tersebar.


Katanya lagi, “Walau bagaimanapun ia sangat penting untuk kita memiliki Armada laut secara berterusan, kalau kita nak kuasai armada laut, kita mesti ada kewangan, kewangan itu bermula di Melaka”.

Paling penting, katanya, “Ianya sangat penting untuk kita miliki Armada di laut secara berterusan bagi menghalang orang-orang Islam dari membawa kekayaan-kekayaan ke Mekah sebagaimana mereka membawa ke Melaka. Kerana semasa itu telah ada plan perniagaan di Melaka yang akan dibawa ke Mekah. Apabila dibawa ke Mekah, barang-barang Mekah dan barang-barang Melaka ada di Mekah dan tersebar pula satu dunia jaringan Islam yang tidak dapat dihentikan”.

Inilah yang Alfonso tidak mahu.

Bersambung di sini Ada apa dengan Malaysia? Dari dulu sampai sekarang, Malaysia dibidik musuh. (BHGN 2)

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button