Budaya

“Abang Kenapa Pakai Samping Atas Lutut? Nak Kahwin Lagi Eh?” – Isteri Berang

Sungguh molek apabila sang lelaki Melayu tampil dengan baju Melayu lengkap bersamping pada Aidilfitri.

Namun demikian cik abang-cik abang sekalian, pakai samping jangan buat main dan pakai sarung sahaja.

Hal ini demikian kerana paras samping yang dipakai memberi isyarat bujang, sudah berkahwin dan sebaliknya.

Pernah terjadi satu peristiwa apabila ada seorang lelaki cuba-cuba memakai samping bertahun-tahun.

Sepanjang memakai samping itu, dia langsung tidak mengetahui pemakaian samping pun ada maksudnya.

Sehinggalah suatu hari ketika dia sudah berkahwin, sang isteri menegur dengan wajah yang agak musykil.

“Abang.. kenapa pakai samping atas lutut? Nak kahwin lagi eh?” soal sang isteri.

“Eh, mana ada. Pandai-pandai jer awak ni,” balas sang suami.

“Habis tu.. kenapa pakai samping atas lutut. Turunkan. Abang tu dah berkahwin,” jelas isterinya.

Rupa-rupanya pada hari itu barulah dia tahu bahawa orang Melayu ini tinggi falsafahnya.

Nak mengenal siapa dia tidak perlu pun stalk media sosial, cuma dilihat menerusi pakaian.

Anda yang mungkin tidak pernah tahu, apa kata kali ini ambil tahu bahawa:

  1. Lelaki yang memakai samping di atas lutut, memberi maksud masih bujang
  2. Lelaki yang memakai samping di bawah lutut, memberi maksud sudah berkahwin
  3. Lelaki yang memakai samping lebih tinggi dari atas paras lutut, memberi maksud sudah berkahwin dan terbuka mencari jodoh untuk berkahwin lagi

Menarik bukan? Inilah tingginya nilai warisan dan falsafah budaya Melayu yang wajar kita ceritakan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Bayangkan jika ilmu pengetahuan ini pupus, sudahlah tiada dalam buku teks dan tidak diajar secara nasional, pada siapa lagi Melayu moden mahu merujuk?

Semoga bermanfaat dan sebarkanlah informasi ini agar tamadun anak bangsa Melayu yang masih berjuang dapat ditegakkan walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker