Agama

9 Negeri di Malaysia Sudah Fatwakan Larangan Penyebaran Ajaran Wahabi

Rata-rata negeri di dalam Malaysia telah memfatwakan larangan penyebaran fahaman dan ajaran Wahabi. Antaranya ialah Pulau Pinang, Melaka dan Perak.

Di Pulau Pinang, ianya dengan begitu jelas telah mengatakan bahawa amalan yang tidak boleh dibid’ah adalah seperti talqin, membaca al-Quran di atas kubur dan di sisi kubur, tahlil, kenduri arwah dan sebagainya.

Bagi negeri Perak pula, kita dapat lihat dengan jelas pada tahun 2012, telah diwartakan satu fatwa tentang pencegahan penyebaran aliran dan dakyah Wahabiah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Jadi, Perak merupakan negeri pertama yang secara jelas menyebut Wahabi iaitu pada tahun 2012.

Kemudian, negeri Pahang, pada tahun 2014 telah mewartakan satu fatwa yang bertajuk tegahan dan larangan menyebarkan ajaran Salafiah atau Wahabiah dan seumpamanya di negeri Pahang. Jadi, Pahang juga telah mengeluarkan fatwa dan pada tahun 2020 terdapat khutbah yang khusus semata-mata kerana Wahabi di negeri Pahang.

Di Negeri Sembilan, mesyuarat telah diadakan pada tahun 2014 dan 2015, Jawatankuasa fatwa memutuskan aliran dan dakyah Wahabiah didapati bercanggah dengan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perak, Pahang dan Negeri Sembilan menyebut Wahabiah secara langsung dalam fatwa.

Kemudian, negeri Johor yang sebenarnya pada tahun 2007, mereka ada mengeluarkan satu buku yang bertajuk Murtaqa Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Akidah dan Syariah bertajuk Penafian dan Jawapan kepada Tuduhan Semua Bid’ah Itu Adalah Dolalah (sesat) pada tahun 2007. 

Fatwa Johor jelas menyatakan bahawa fahaman atau ajaran Wahabi adalah bercanggah dengan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kemudian, negeri Kedah. Kedah tidak menyebut nama Wahabi secara terus atau langsung tetapi tajuk fatwanya adalah berkenaan pembid’ahan kepada ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri Kedah.

Jadi, adalah ditetapkan bagi umat Islam di negeri Kedah untuk mengikut ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh dan sebagainya.

Kemudian, mereka menyebut bahawa adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Kedah perlu berpegang dengan akidah Manhaj Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi.

Dalam fatwa tersebut, disebut ciri-ciri yang bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah tauhid 3. Maknanya, fatwa negeri Kedah ini walaupun tidak menyebut nama Wahabi secara langsung, namun secara terang-terangan mencirikan ajaran-ajaran yang sesat dan bertentangan dengan aliran dan pemikiran ahli Sunnah Wal Jamaah

Negeri Selangor pula melarang sikap golongan Wahabi yang membid’ahkan amalan-amalan yang khilafiah, perkara furu’. Kemudian, Selangor juga ada menerbitkan sebuah buku oleh Majlis Agama Islam Selangor, yang bertajuk Wahabi Kisah-kisah Keinsafan.

*Furu’ itu bererti ‘cabang’ iaitu ianya ajaran Islam yang juga sangat penting tetapi ia bukanlah perkara prinsip dan bukan asas, sehingga sesetengah umat Islam berselisih pendapat dalam perkara furu’. Kerana perbezaan Furu’ bukanlah penyelewengan dan tidak membawa kepada kesesatan, tetapi dengan satu syarat iaitu adanya dalil yang boleh dihisab menurut syarak.

Kenyataan daripada Sultan Selangor sendiri pada tahun 2016, dalam bentuk surat bertarikh 11 Mac 2016 di mana baginda bertitah “Beta berkenan menitahkan supaya Yang Amat Berhormat Dato Seri dan Kerajaan Negeri Selangor membuat satu perjanjian dengan al-Madinah International University untuk tidak mengajar ajaran Syiah dan fahaman Wahabi bagi mengelakkan rakyat Islam di Selangor terpengaruh dan rakyat Islam di negeri Selangor perlu mengamalkan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekiranya al-Madinah International University didapati melanggar perjanjian tersebut, maka kerajaan negeri Selangor berhak menarik balik lesen dan tanah serta tidak dibenarkan bagi al-Madinah International University untuk meneruskan pengajaran”.

Selain Selangor, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman, ada juga menyebut “Mutakhir ini, isu akidah kembali menjadi perbahasan berikut timbulnya pelbagai doktrin-doktrin baru serta doktrin lama yang ditimbulkan semula yang jelas bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah sekaligus mencabar fatwa yang telah diwartakan. Apa yang membimbangkan juga adalah gerakan Wahabi dan Salafiyyah ekstremis dan sering membid’ah serta mengkafirkan amalan-amalan khilafiyyah yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia amnya, dan di negeri Melaka khususnya seperti wirid, tahlil, zikir, sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain sebagai amalan yang sesat.”

Namun demikian, terdapat lagi beberapa buah negeri yang masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Wahabi secara jelas termasuklah Kuala Lumpur.

Jadi, sebagai kesimpulan, terdapat 9 negeri yang telah mengeluarkan fatwa iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Sabah dan Melaka dan yang pertama menyebut Wahabi secara langsung ialah Perak. Negeri-negeri yang belum mengeluarkan fatwa ialah Kelantan, Terengganu, Perlis, Wilayah Persekutuan.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker