Sejarah

8 Tokoh Islam Dalam Kelompok ‘Harimau Nan Selapan’, Siapa Dan Apa Peranan Mereka?

Harimau Nan Selapan merupakan satu kumpulan yang dikenali di Minangkabau sekitar tahun 1809 hingga 1821. Kumpulan ini diperjuangkan oleh 8 orang tokoh Islam pada ketika itu.

Kelapan-lapan tokoh ini berasal dari Agam Tuo. Mereka adalah Tuanku nan Renceh (Kamang), Tuanku Kubu Sanang (Pasia, Ampek Angkek), Tuanku Ladang Laweh (Banuhampu), Tuanku Padang Lua (Banuhampu), Tuanku Galuang (Nagari Sungaipua), Tuanku Koto Ambalau (Canduang Koto Laweh), Tuanku Lubuk Aua (Batu Balantai, Canduang) dan Tuanku Biaro (Biaro, Ampek Angkek).

Apakah peranan kumpulan Harimau Nan Selapan ini? Mereka menjalankan satu gerakan bagi ‘pemurnian agama Islam’ atau dikenali juga sebagai Perang Tuak.

Perang Tuak adalah satu permurnian agama Islam yang dijalankan oleh kumpulan ini dalam memerangi masyarakat di Minangkabau yang tidak menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.

Contohnya seperti memerangi masyarakat yang berjudi, menyabung ayam, mengisap candu dan lain-lain aktiviti yang dilarang dalam agama Islam.

Namun, catatan sejarah telah cuba dikaburi dengan tulisan-tulisan sejarah yang menyimpang mengenai Harimau Nan Selapan.

Antara catatan sejarah mengenai Harimau Nan Selapan yang tidak benar adalah tulisan dari buku berjudul ‘Alam Takambang Jadi Guru’, ‘Tuanku Rao: Antara Fakta dan Khayal’, ‘Minangkabau Dalam Catatan Sejarah Yang Tercecer’ dan kemungkinan banyak lagi buku lain.

Perlu diketahui yang menjadi pimpinan utama Harimau Nan Selapan ialah Tuanku nan Renceh dan kumpulan ini sama sekali tidak memerangi kaum adat atau penghulu di Minangkabau pada ketika itu.

Gerakan Perang Tuak oleh Harimau Nan Selapan ini pada akhirnya berlanjutan memerangi Belanda rentetan dari peristiwa Tuanku nan Renceh mati ditembak oleh Belanda dalam pertempuran di Kamang pada tahun 1833.

Harimau Nan Selapan jelas merupakan satu kelompok yang dinaungi oleh orang-orang soleh terdahulu. Nyata mereka memerangi perilaku amalan masyarakat yang sama sekali tidak sesuai dengan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker