Sejarah

8 Jenis Penyakit Dapat Disembuhkan Dengan Pokok Senduduk

Pokok senduduk atau dikenali juga sebagai rumpai darat ini adalah salah satu tumbuhan ubatan yang dapat bertindak sebagai penyembuh penyakit

Pokok ini boleh didapati di kawasan terbiar. Sifatnya yang tumbuk renek dan bercabang pasti memudahkan pencarian.

Ia juga turut menghasilkan buah yang berwarna unggu, manakala batangnya berwarna merah dan ditutupi dengan bulu-bulu halus.

Berikut disertakan senarai lapan jenis penyakit yang sering dialami oleh manusia, boleh disembuhkan dengan pokok senduduk serta cara-caranya.

  1. Cirit birit – Ambil pucuk senduduk yang muda, makan sebagai ulam.
  2. Keputihan wanita – Keringkan daun senduduk dan rebus bersama dengan halia, gula dan bonglai, tunggu sehingga suam dan minum.
  3. Bintik-bintik cacar – Ambil akar senduduk tumbukkan bersama daunnya, kemudian tepekkan pada cacar atau parut cacar.
  4. Luka – Ambil buah senduduk yang masak picit atau perah airnya dan sapukan pada bahagian luka (segera berhentikan darah dan luka akan cepat pulih)
  5. Wanita selepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan minum sepanjang dalam pantang (luka bersalin akan cepat sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim)
  6. Buasir – Rebus akar, daun dan batang senduduk kemudian minum airnya.
  7. Sakit Gigi – Rebus daun, batang dan akar senduduk tunggu sehingga suam kemudian berkumur.
  8. Angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian (badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan hilang)

Selain untuk menyembuhkan penyakit seperti yang diyatakan di atas, daun senduduk juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau serta rasa hanyir yang ada pada ikan air tawar.

Permukaan bawah daunnya yang kasar apabila disentuh juga boleh menghilangkan lendir-lendir pada ikan air tawar tersebut.

Inilah kelebihan yang ada pada tumbuhan semula jadi yang mungkin kita sendiri sudah tahu sedikit sebanyak kelebihannya tetapi tidak pernah cuba atau mungkin tidak berapa yakin?

Tidak salah kalau cuba dahulu dan lihat hasilnya. InsyaAllah apa yang penting apa sahaja usaha yang kita lakukan dahulukan dengan niat dan doa. Resepi wajib!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker