Perubatan

8 Jenis Lauk Melayu Bersifat Anti Keradangan, Semuanya Bagus Untuk Kesihatan!

Mesti orang susah nak hadam, ada ke lauk bersifat anti keradangan? Mestilah ada, lauk tersebut bersifat anti keradangan disebabkan bahan yang digunakan di dalamnya.

Selalunya kita anggap kita masak lauk berlemak bersantan itu tidak elok untuk kesihatan, nanti cepat gemuk. Tidak sebenarnya. Jom tengok senarai lauk sihat ini.

  1. Masak Lemak Cili Api

Santan, kunyit dan cili api.

2. Nasi Lemak

Nasi, sambal (sotong, udang, kerang, ayam dan lain-lain), ulam, sayu masak seperti kangkung, kacang, ikan bilis goreng dan telur.

3. Sambal Tumis

Sambal tumis ikan bilis, udang, sotong dan lain-lain. Proses menumis sambal menggunakan minyak dan cili.

4. Rendang

Bahan herba dan rempah ratus seperti serai, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kerisik, santan.

5. Asam Pedas

Daun limau purut dan daun kesum, tumisan cili, rempas ratus dan air asam jawa.

6. Singgang

Kunyit, halia, bawang dan bawang putih

7. Kari

Empat sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (bahan antioksidan mudah larut lemak), bawang, bawang putih, rempah kari dan santan.

8. Sup

Sup tulang, ekor, gearbox dan lain-lain.

Berikut 8 jenis lauk orang Melayu yang selalu kita makan sebagai lauk harian tetapi sering dilarang dengan momokan lauk ini tinggi kolestrol dan tinggi lemak.

Dalam setiap lauk orang Melayu yang disenaraikan di atas ini mengandungi bahan-bahan yang bersifat anti keradangan dan antioksidan yang tinggi, ini ‘benchmark’ yang penting.

Antara bahan-bahan yang bersifat anti kerandangan dan antioksidan adalah seperti santan, kunyit, cili api, asam jawa, serai, lengkuas, halia, daun kesum, daun limau purut dan bawang yang bertindak sebagai prebiotik.

Jika kita lihat, lauk yang perlu pada proses menumis seperti sambal tumis akan menggunakan minyak kelapa sawit yang sihat ini merupakan salah satu sumber untuk kita mendapatkan minyak dalam badan kita dan cili yang bersifat tinggi anti keradangan serta antioksidan.

Manakala lauk sup pula seperti sup tulang, sup ekor, sup gearbox dan lain-lain sup dari haiwan seperti lembu, kambing ini sangat bagus.

Kerana lemak-lemak tepu dalam haiwan ini mempunyai kologen yang bertindak sebagai mempertingkatkan perkembangan probiotik dalam usus manusia.

Kajian juga menunjukkan lemak-lemak tepu dalam haiwan bukanlah punca sakit jantung atau menyebabkan kolestrol yang tinggi dalam badan.

Seterusnya nasi lemak, orang kita bila nak makan nasi lemak waktu pagi mesti berkira-kira sebab takut gemuk, betul tak? Sebenarnya nasi itu sendiri bersifat rendah GI dan juga turut bertindak sebagai prebiotik dalam usus besar manusia.

Jadi apa yang paling penting dalam pemakanan seharian kita ialah perlulah bersifat anti keradangan untuk terus mengekalkan kesihatan tubuh.

Walaubagaimanapun portion makanan juga perlu seimbang dan yang penting lauk-lauk kita masih versatile baru ada selera nak makan, ye tak?

Semoga bermanfaat!

Kredit : Youtube Channel Dr Norman Mohd Norawi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button