Setelah 24 tahun berjuang menentang Barisan Nasional dan memburu jawatan Perdana Menteri untuk mengubah landskap negara, 24 November 2022 menyaksikan kemuncak perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
24 November 2022 bukan sahaja tentang kemuncak perjuangan beliau malah dunia turut dipertontonkan Anwar menguasai semula Barisan Nasional menerusi gabungan kerajaan perpaduan.
Dalam Facebooknya, Anwar telah merumuskan lapan intipati kenyataan media pertama beliau sebagai Perdana Menteri:
1. Komited mempertahankan Perlembagaan – Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli
(Diharapkan Anwar menyemak semula Perkara 3 (1) yang jelas menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ucapan Islam sebagai agama rasmi negara adalah salah dan perlu diperbetulkan secara serius kerana ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan)
2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak
3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama
4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi
5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan
6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini
7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri
8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara
Menerusi intipati yang dinyatakan, seluruh rakyat kini menanti dan mahu memerhati bagaimana Anwar mahu mencorak negara ini kerana ketakutan terhadap beberapa perkara seperti ‘Zi.. Ya.. Li..’ masih wujud.
Jika pemerintahan Anwar bebas daripada campur tangan ‘Zi.. Ya.. Li..’ maka, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang aman tanpa pengaruh luar sekali gus menolak fahaman kumpulan politik seperti BN dan Pas selama ini.