Sejarah

8/10 Rakyat Malaysia Gagal Jelaskan Maksud Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

Kita sering dengar gelaran bagi Agong adalah ‘ke bawah Duli Yang Maha Mulia’, jika dinisbahkan purata hanya 8/10 sahaja yang tahu maksud disebalik gelaran ini. Adakah anda salah seorang dari 8/10 tersebut?

Sebagai rakyat Malaysia, penting untuk kita tahu maksud disebalik gelaran tersebut pada tampuk kepimpinan tertinggi negara Malaysia ini.

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah satu gelaran keramat yang membawa maksud tersirat yang perlu difahami secara tersurat.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘Duli’ bermaksud debu dan abu yang melekat pada kaki. Manakala ‘Yang Maha Mulia’ adalah merujuk kepada Allah SWT yang satu.

‘Paduka’ pula menurut DBP ialah kasut, sepatu atau alas kaki. Jika dilihat pada frasa ‘Seri Paduka Baginda’ adalah lebih merujuk pada tanggungjawab yang digalas perlu seiring dengan sifat adil dan saksama seperti sifat yang nyata ada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Maka jelas di sini bagi mengelakkan tanggapan yang mungkin ada mengatakan gelaran ini terlalu mengangkat sultan seperti tuhan, inilah maksud yang perlu dihadam oleh rakyat Malaysia.

Gelaran khas terhadap Yang Dipertuan Agong ini adalah lebih merujuk kepada kedudukan dan tanggungjawab serta amanah yang diberi Allah SWT seperti mana yang diberi kepada baginda SAW.

Namun tidaklah setanding antara sultan dan rasul itu malah jauh bezanya, namun dengan gelaran itu maka sentiasa beringatlah Baginda Agong bagi mencontohi kepimpinan Baginda Nabi Muhammada SAW.

Daulat Tuanku.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker