Isu SemasaPerubatan

65 Tahun Merdeka; Hubungan Sejenis Dominasi Kalangan Pesakit HIV Malaysia

Sah! Budaya hubungan seks sejenis memang sah telah menjadi penyumbang terbesar kepada penyebaran wabak penyakit berjangkit HIV di negara ini.

Golongan yang turut dikenali sebagai homoseksual ini telah mendominasi kalangan pesakit HIV yang didaftarkan dalam statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Sektor Kawalan HIV, STI dan Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, statistik pada 2018 menunjukkan kategori Hubungan Seksual Antara Lelaki adalah pesakit HIV sebanyak 57% berbanding kategori-kategori lain.

Ini berbeza apabila kategori ini menyumbang hanya 8% pada tahun 2010 berbanding 4 kategori lain manakala pada tahun 1990 tidak menyumbang kepada apa-apa peratusan.

Dr Suhazeli Abdullah, seorang personaliti media sosial dan juga Pakar Perubatan Keluarga telah memuatnaik ilustrasi grafik KKM ini dalam hantaran Twitter dan Facebook BELIAU baru-baru ini menyatakan kekesalan dan kerisauan beliau dengan senario terkini.

Memetik hantaran tersebut, beliau menyatakan zaman sudah berubah apabila 20 tahun dahulu jumlah pesakit HIV akibat daripada salahguna dadah sudah berkurang tetapi yang mendominasi sekarang adalah pesakit HIV di kalangan pengamal kegiatan homoseksual.

Menurut Ahli Terpilih Majlis Perubatan Malaysia itu lagi, setelah 65 tahun merdeka, jiwa rakyat Malaysia masih lagi tidak merdeka dengan isu penyakit berjangkit seperti HIV ini lagi.

Beliau juga menyimpulkan puncanya adalah akibat daripada kita sendiri, iaitu pemimpin dan rakyat Malaysia yang tidak tegas dalam menangani isu ini.

Jika kita sebagai rakyat Malaysia sayangkan rakyat dan negara ini, artikel ini menyeru agar sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 dan sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang ini, kita sama-sama menggembleng tenaga mencari penyelesaian tuntas kepada masalah ini daripada terus membelenggu negara tercinta ini.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker