Isu Semasa

65 Tahun ‘Merdeka’ Belum Dapat ‘Cuci’ Minda Dijajah Orang Melayu

Tahun ini sudah menandakan negara Malaysia telah meraikan hari kebangsaannya yang ke-65 tahun.

Bebas dari cengkaman penjajahan secara literal namun apa yang menyedihkan minda orang Malaysia masih lagi dijajah.

Tetapi, nak ‘cuci’ balik or mula semula (restart) pemikiran dan minda seseorang memang bukan sesuatu yang mudah.

Iyalah, bayangkan kalau dah 400 tahun minda dijajah, mana mungkin selama 65 tahun sahaja akan berubah. Pastinya memerlukan masa  yang agak lama untuk betul-betul bersihkan sisa-sisa yang ada dan menerima benda yang dianggap asing bagi kita.

Apabila minda dijajah, mudah bagi mereka untuk memasukkan sesuatu ideologi, fahaman, ajaran mahupun adicita ke dalam minda seseorang mengikut kepada acuan yang mereka mahukan.

Senang cerita, senang kerja bagi mereka untuk menguasai dan mencari pengikut (follower) bagi mereka dalam agenda untuk menguasai dunia baik dari segi politik, ekonomi, pemikiran sampai la kita ini dibawa ke lubang biawak.

Kerana itulah juga bila adanya penyakit-penyakit zaman kini, memang senang-senang je orang kita terima.

Lihat sahaja kaum-kaum baru yang tumbuh bak cendawan, macam LGBTQ, Feminism, sekularisme dan semacam mak nenek lagi lah.

Sebab itu juga, apabila usaha untuk menggali sejarah sebenar tentang Melayu, ramai orang Melayu sendiri yang buta-buta menidakkan perkara tersebut.

Katanya, syok sendiri, halusinasi dan sebagainya.

Ini lah terjadi apabila jati diri telah hilang dek usaha penjajah tadi yang berusaha untuk menghilangkan sejarah tadi.

Jika setiap tamadun manusia itu mempunyai kehebatan mereka tersendiri, jadi mengapa apabila kita membicarakan tentang kehebatan tamadun kita sendiri, ramai yang tidak mempercayainya dan bulat-bulat menolaknya.

Ini adalah kesan yang sangat hebat daripada penjajahan dan mereka berjaya untuk membuat orang-orang Melayu hilang jati diri mereka.

Mungkin ada ramai yang tanya, penting ke untuk ada jati diri?

Sangat penting! Kerana jati diri, kita kenal pada diri kita dan apabila kita kenal dengan diri sendiri maka kita akan percaya pada diri sendiri dan apa-apa cabaran dan segala hal dapat diatasi.

Macam ‘self-confidence’ la.

Kita lihat sahaja orang-orang kulit putih. Selama ini kita sangat mengagumi mereka.

kita di Asia ini sentiasa menjadikan mereka sebagai rujukan dalam hampir keseluruhan aspek dalam diri mereka.

Bagi kebanyakan warga di Asia, mereka memuja dan mengangkat mereka sebagai tanda aras bagi kemajuan atau pencapaian sesuatu perkara.

Tidak boleh disangkal lagi apabila mereka akan diberi layanan yang baik sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke negara-negara di sebelah Asia baik sebagai pelancong atau urusan diplomat dan sebagainya.

Mereka juga mempercayai mereka layak diberi layanan sebegitu daripada orang-orang di Asia kerana kepercayaan mereka bahawa mereka lebih mulia dan bertamadun daripada orang-orang di Asia.

Lagi-lagi memang kecenderungan (trend) sosial media sekarang ini suka benar untuk mempopularkan mat saleh-mat saleh yang datang ke sini walaupun mereka bukanlah hanya orang-orang biasa sahaja.

Asal kulit putih, cakap fasal Malaysia, terus dipopularkan. Ini juga merupakan satu penyakit orang Malaysia dan perkara ini perlu dihentikan.

Ini lah adicita-adicita orang berbangsa kulit putih ini di mana mereka mahu rakyat mereka mempercayai mereka adalah orang bertamadun tertinggi di dunia dan bang kulit berwarna ini mempunyai darjat yang rendah daripada mereka.

Kerana itu juga, orang-orang kulit berwarna ini, termasuklah orang-orang Melayu itu sendiri kehilangan jati diri dan keyakinan diri mereka.

Penjajah sebenarnya memang mahu kita berasa sedemikian kerana agenda mereka untuk menjadi kaum yang terpaling mulia, terpaling pandai dan semuanya terpaling di dunia.

Sekiranya kita mempunyai rasa sedemikian, memandang tinggi kepada mereka dan memandang enteng pula pada kehebatan bangsa sendiri, tidak cukup dengan itu, apabila berbicara fasal tingginya tamadun Melayu, hanya dipandang sebelah mata, menuduh pula para-para pengkaji tempatan sebagai syok sendiri, maka percayalah, minda anda memang telah dijajah secara total.

 

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker