Sejarah

6 Tumbuhan Penyembuh Luka, 5 Darinya Hidup Melata Tepi Jalan Sahaja!

Tahukah anda luka yang anda alami boleh sembuh dengan cepat jika anda terjumpa 6 jenis tumbuhan ini.

Anda boleh guna antara bahagian yang ada pada tumbuhan ini dipermukaan kawasan luka yang dialami dan lihat perubahannya setelah beberapa hari. Luka anda akan kering dan sembuh!

Ini 6 tumbuhan tersebut :

#1 Dukung Anak (Phyllanthus)

Anda boleh gunakan buah dan daunnya kemudian sapukan disekitar bahagian luka.

#2 Sawi Langit (Vernonia cinerea)

Gunakan pokoknya kemudian tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air dan tepekkan dibahagian luka anda.

#3 Puteri Malu (Mimosa Pudica)

Tumbuk pokok hingga lumat dan tepekkan pada kulit anda yang mengalami luka.

#4 Calincing / Semanggi / Mala (Oxalis Corniculata)  

Tumbuk beberapa keping daunnya dengan sedikit gula merah kemudian tepekkan pada luka anda.

#5 Selasih Dandi (Stanchytarpheta Jamaicensis)

Tumbuk sehingga lumat pokoknya dan sapukan dibahagian luka anda dan biarkan sehingga kering.

#6 Daun Kapal Terbang (Elephantopus Odoratum)

Tumbuk sehingga lumat daunnya dan sapukan dibahagian luka yang ada alami.

Dukung anak, sawi langit, puteri malu, calincing dan daun kapal terbang sangat mudah untuk dicari kerana lima jenis tumbuhan ini hidup melata ditepi-tepi jalan sahaja.

Manakala selasih dandi atau antara nama lainnya pokok pancut kuda atau pokok ekor ular boleh ditemui di kawasan semak dan terbiar.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker