Isu Semasa

55,000 Pelajar SPM Gagal Bahasa Melayu Setiap Tahun

11 Tahun Belajar Apa Mereka Dapat?

Gagal Bahasa Melayu bererti gagal keseluruhan subjek SPM kerana itu syarat wajib untuk lulus SPM dan mendapatkan sijil bagi menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya atau untuk mencari pekerjaan.

Dalam satu kajian statistik mendapati lebih 55,000 orang pelajar SPM gagal dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu setiap tahun selepas 11 tahun belajar dan tidak layak mendapatkan sijil SPM.

Ia satu statistik yang membimbangkan apabila berpuluh ribu orang pelajar telah berhenti sekolah tanpa mempunyai sijil SPM.

Di Malaysia, sijil SPM ini umpama surat beranak kalau tiada tak boleh nak sambung belajar ke peringkat seterusnya dan dianggap tiada hala tuju hidup.

Sekali pun hendak memohon di institut kemahiran kerana sijil itu penting walaupun keputusan rendah. Selain sukar mendapatkan pekerjaan kerana masih tiada pengalaman dan tiada kemahiran kerana mereka baru berusia 17 tahun dan 18 tahun.

Justeru, perlu juga dibuat semak dan imbang terhadap sistem pembelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mencari satu formula ataupun kaedah penambahbaikan agar isu keciciran pelajar ini dapat diatasi ataupun setidak-tidaknya dikurangkan.

Demi masa depan kelompok ini, Kerajaan perlu segera mencari kaedah penyelesaian yang lebih proaktif agar golongan ini tidak terus keciciran dari segi pekerjaan yang sudah pasti akan menambah bilangan pengangguran.

Bukan itu sahaja, paling dikhuatiri apabila kelompok tercicir ini akan terdedah dengan isu moral dan sosial yang akan lebih menambah masalah kepada negara kelak.

Kementerian, guru-guru dan ibubapa juga perlu memainkan peranan agar pelajar yang gagal ini tidak terus diberi tekanan sebaliknya dicari jalan penyelesaian yang baik untuk masa depan mereka.

Ada juga yang bertanya, apa yang mereka buat selama 11 tahun belajar di sekolah dan akhirnya apa yang mereka dapat?

Pelajar gagal atau Sistem Pembelajaran yang gagal?

Siapa yang nak jawab?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker