Agama

5 Peristiwa Yang Tidak Boleh Di Lupakan Dalam Bulan Ramadhan

Ramadan adalah bulan di mana diwajibkan berpuasa bagi semua umat Islam. Lebih-lebih lagi, ia juga merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang yang beriman kerana pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah SWT sepanjang bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Tawaran dan faedah ini tidak tersedia pada bulan selain daripada Ramadan. Dalam artikel ini, kami mengupas secara ringkas nikmat Allah SWT yang diturunkan secara khusus pada bulan Ramadhan.

Perkataan rahmat disebut oleh Allah SWT dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya Surah al-Araf 56.

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalnya.”

Begitu juga firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 159:

“(Wahai Muhammad), kerana rahmat Allah (yang melimpah-limpah) kepadamu, kamu berlaku baik kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikut-pengikutmu), tetapi jika kamu bersikap kasar dan zalim, nescaya mereka lari daripada kamu.

Berdasarkan tafsiran ulama, perkataan rahmat boleh ditakrifkan sebagai nikmat, kebaikan, ganjaran, kebaikan, dan bimbingan.Rahmat adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keistimewaan pada bulan Ramadhan.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Puasa bulan Ramadhan adalah sebagai penebus dosa hingga datangnya bulan Ramadhan berikutya. Rasulullah SAW bersabda:

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَاُن إلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاةٌ مَا بَيْنَهُنَّ إذَاجْتَنَبَ اْلكَبَائِرَ

“Jarak antara solat lima waktu, solat jumaat dengan jumaat berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-­dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar,”

(HR Muslim)

Puasa Ramadhan mampu  menebus dosa-dosa yang telah lewat, dengan syarat puasanya ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu,”

(HR Bukhari dan Muslim).

Baca Juga >>> sejarah-puasa-para-nabi-a-s-dan-umat-terdahulu -Bahagian 1

5 Peristiwa Penting Dalam Ramadhan

1.Kewafatan Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah R.A

Antara peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah kewafatan Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah R.A Kewafatan beliau dikatakan berlaku pada 10 Ramadhan, 3 tahun sebelum hijrah, pada tahun yang sama dengan kewafatan seorang lagi pembela Islam yang unggul, iaitu Abu Talib bapa saudara Rasulullah SAW, lalu tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Kesedihan dalam sirah nabawiyyah.

Jasa-jasa besar Sayyidatina Khadijah R.A dalam membantu dakwah Rasulullah SAW dan membela Islam adalah sesuatu yang sangat mengagumkan. Bermula hari pertama lagi, apabila beliau memberikan “sokongan moral” kepada Baginda SAW yang masih dalam keadaan menggigil selepas sahaja menerima wahyu, dengan kata-kata semangat beliau:

كَلَّا، أبْشِرْ، فَوَاللَّهِ لا يُخْزِيكَ اللَّهُ أبَدًا، إنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وتَصْدُقُ الحَدِيثَ، وتَحْمِلُ الكَلَّ، وتَقْرِي الضَّيْفَ، وتُعِينُ علَى نَوَائِبِ الحَقِّ

“Tidak sama sekali, bergembiralah, kerana demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya; sesungguhnya kamu benar-benar menyambung silaturrahim, bercakap jujur, menanggung beban, memuliakan tetamu, dan membantu meringankan musibah”.

(Sahih Bukhari)

Sayyidatina Khadijah R.A telah merasai bersama segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah di Makkah, termasuklah sekatan ekonomi dan pemulauan. Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal telah membelanjakan segala harta kekayaan untuk kepentingan dakwah Islam.

Baca Juga >>>sejarah-puasa-para-nabi-a-s-dan-umat-terdahulu-2

2. Peristiwa Peperangan Badar

Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.Tentera Islam mengawal lokasi strategik tersebut dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.Pada peringkat awal, tujuan tentera Islam bukan untuk berperang. Sebaliknya, tujuan mereka adalah untuk memintas pasukan pemimpin Makkah bernama Abu Sufyan dalam perjalanan pulang dari Syam.

Tindakan ini bagi melumpuhkan bekalan musuh yang berpusat di Makkah.Tiba-tiba. mereka berhadapan dengan bala tentera musuh yang jumlahnya lebih besar dan bersenjata lengkap. Malah, bala tentera musuh Islam ini pula terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri.

Peperangan ini juga melibatkan para malaikat yang membantu orang yang beriman dan iblis yang memberikan semangat kepada kaum Musyrikin.Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini ialah suatu peristiwa yang luar biasa apabila tentera Islam yang jumlahnya kecil, lemah dari sudut kelengkapan memenangi pertempuran yang besar.

Ini membuktikan orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah SWT pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan, setelah membuat persediaan sekadar kemampuan walaupun tidak sama dengan musuh, tetapi keikhlasan dan bertawakal kepada Allah selepas berikhtiar dan berusaha mengikut perintah-Nya dengan ikhlas.

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran:

وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرࣲ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةࣱۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.”

[Surah Ali ‘Imran: 123]

3.Pembukaan Kota Mekah

Dengan 10 ribu bala tentera, Baginda SAW bergerak dari Madinah tanggal 10 Ramadan 8H dan mengambil masa selama 8 hari perjalanan untuk tiba di sempadan Mekah. Dengan strategi yang tersusun, pada 20 Ramadan tentera Islam telah berjaya mengepung dan memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertempuran yang besar. Manakala sehari kemudian mereka berjaya menguasai keseluruhan Mekah.

Enam tahun selepas Perang Badar, pada tahun kelapan Hijrah, Nabi Muhammad S.A.W. dapat menakluki Kota Mekah dengan aman. Orang-orang Quraisy dan orang- orang Islam telah menandatangani Perjanjian Hudaybiyah yang membenarkan orang-orang Islam untuk berziarah ke Kaabah dengan aman.

Bagaimanapun, selepas perjanjian itu dibentuk, orang Quraisy melanggar syarat-syarat tersebut,sehingga menamatkan gencatan senjata mereka. Nabi S.A.W. kemudian berangkat dengan 10,000 tentera dan dapat menakluki kota Mekah dengan aman.

4.Turunnya wahyu al Quran

Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. pada 17 Ramadan yang disebut malam al-Qadar. Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekaligus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur kepada Baginda s.a.w. mengikut suasana dan keperluan.

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan al-Quran pada malam qadar.” – Surah al-Qadr: 1

5.Malam Lailatul Qadar

Antara kebaikan serta ganjaran yang patut menjadi keutamaan bagi umat Islam dalam bulan Ramadhan adalah dengan mencari satu malam yang mana beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran yang lebih baik dari seribu bulan atau menyamai 83 tahun 4 bulan, perkara ini dijanjikan oleh Allah SWT sebagaimana dirakamkan di dalam surah al-Qadr ayat 1 – 5:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr (Lailatul-Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr (Lailatul-Qadar) itu? Malam al-Qadr (Lailatul-Qadar) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”.

Baca juga>>> sejarah-puasa-para-nabi-a-s-dan-umat-terdahulu-Bahagian 2

MISI CAPAI 100,000 LIKE 

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker