Orang Malaysia memang suka makan, tak kesahlah apa kaum sekalipun, kan?
Apa yang menariknya, walaupun Malaysia mempunyai 3 kaum yang utama, namun makanan adalah salah satu elemen yang dapat menyatu padukan orang-orang di Malaysia ini.
Tengok sahaja senario di pasar malam, macam-macam makanan dan orang yang boleh dijumpai.
Jadi mari kita lihat dan undi sama ada anda semua setuju atau tidak hidangan di bawah ini adalah makanan yang wajib diangkat sebagai ikon makanan Malaysia.
- Nasi lemak
Alah, semua orang mesti setujulah. Ini adalah ikon makan yang paling utama untuk menjadi wakil makanan Malaysia. boleh buat gaduh kalau ada yang cuba-cuba untuk ‘alter’ makanan ni, nak letak sosej la nugget la chese la. Memang ajak berperang. Kita orang Malaysia ‘wanna keep it simple’. Begitu.
2. Rendang
Rendang dan nasi lemak memang tak dapat dipisahkan. Walaupun rendang ini makanan tradisional orang Melayu, tapi ia sudah menjadi kelaziman untuk warga Malaysia menikmatinya. Rasanya yang lengkap menjadikan makanan ini layak untuk menjadi ikon makanan Malaysia. Kerana proses masaknya lama, maka ianya boleh bertahan lama, makanan ini telah dijadikan sebagai makanan perang dan makanan untuk pergi belayar rang terdahulu. Rendang juga pernah dinobat sebagai 50 makanan terbaik dunia oleh CNN. Tapi awas ya, jangan cuba-cuba untuk menjadikan rendang ini ‘crispy’.
3. Nasi kandar
Siapa yang tidak suka dengan nasi kandar? Cuba habaq mai! Tapi berapa ramai yang tahu dari mana nasi kegemaran ramai ini mendapat nama? Nasi kandar ini adalah bersempena dengan cara ianya dikendong oleh penjaja nasi kandar zaman dahulu. Mereka menggunakan sebatang kayu panjang yang dipikul di atas bahu untuk membawa nasi tersebut dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Seperti sekarang, nasi ini memang terkenal dengan kalangan orang-orang India Tamil dan seterusnya mendapat tempat dalam masyarakat sehingga kini.
4. Sate
Sate ini mungkin berasal daripada Indonesia, dan kemudiannya menjadi makanan Nusantara. namun, perkataan ‘sate’ itu sendiri dikatakan berasal daripada perkataan tamil iaitu sathai yang bermaksud lemak yang tidak diinginkan dan sesetengah orang juga berkata ianya bermaksud daging. Perkataan ini telah diperkenalkan kepada orang-orang di Nusantara semasa pelayaran mereka ke wilayah ini. Tapi tak kesahlah daripada mana, makanan ini bukan sahaja digemari oleh orang-orang di Malaysia dan Indonesia, bahkan orang dari Arab, Filipina dan banyaklah lagi lah yang menyukai makanan ini.
5. Cendol
Dengan rasanya yang manis, diminum pula dalam cuaca yang panas, ahhh sangat menyegarkan! Cendol ini memang layak untuk dijadikan ikon makanan Malaysia, dan boleh menjadi wakil bagi segala pencuci mulut yang ada dalam negara ini. Walaupun cendol ini berasal dari tanah Jawa, namun ketika itu cendol tidak dihidangkan bersama dengan ais kisar. Ada yang mengatakan orang British yang berada di Tanah Melayu ketika itulah yang telah mencipta cendol yang ada versi seperti sekarang ini. Dek kerana kreatifnya orang-orang Malaysia pula, pelbagai variasi cendol yang boleh didapati kini. Ada dengan cendol la, sampai McD pun ada aiskrim cendol!
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!