Sejarah

4 Tahun Berlalu, Nasib Arwah Zulfarhan Akhirnya Terbela!

Setelah 4 tahun berlalu, akhirnya kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain mendapat pembelaan. 6 orang tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Manakala 12 orang lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan. Hukuman diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur, YA Datuk Azman Abdullah, semalam.

12 tertuduh tersebut ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Kes ini tercetus hanya disebabkan kes kecurian komputer riba. Arwah disiasat lantas dicederakan oleh beberapa orang penuntut UPNM di Asrama Jebat pada tarikh 21 Mei 2017 sekitar jam 2.30 pagi hingga jam 5.30 pagi.

Keesokannya perkara yang sama berulang lagi iaitu pada 22 Mei 2017 dan arwah mengadu bahawa beliau tidak sihat. Pada 27 Mei arwah dibawa ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi bagi mendapatkan rawatan.

Pada 31 Mei 2017, arwah dibawa oleh dua orang suspek ke sebuah kondominium bagi tujuan berehat. Akhirnya pada 1 Jun 2017, arwah Zulfarhan disahkan telah meninggal dunia di Hospital Serdang.

Jika dilihat secara kasar, kes ini adalah melibatkan gejala buli yang sering terjadi di asrama-asrama serta sekolah-sekolah. Mungkin sifat tertuduh yang terlalu ingin menunjukkan kesenioran mereka di sekolah sehingga membawa kepada pembunuhan.

Amat tidak berbaloi untuk mendapat hukuman penjara selama ini disebabkan terlalu mengikut jiwa muda yang ingin menunjuk kehebatan masing-masing.

Moga ini menjadi iktibar untuk para remaja pada hari ini. Jangan diikut budaya yang tidak elok untuk diri bahkan untuk orang sekeliling juga. Latih diri untuk mempunyai jati diri hebat untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat bukan mudharat.

Pesan bapa arwah, “Jangan jadi Pembuli”!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker