Jika dilihat dari seni bina istana-istana ini ia cukup cantik dan menarik. Jika dipelihara dan dijadikan tempat di mana orang boleh datang berkunjung pasti akan mendapat sambutan.
Seperti Pura Tanjung Sabtu, Istana yang bercirikan Melayu tradisional satu ketika dahulu sekitar tahu 1990-an pernah menjadi tempat penginapan untuk pelancong merasai “Royal Homestay”.
Namun setelah kemangkatan Allahyarham Tengku Ismail Tengku Su, istana ini tidak lagi hidup dan tiada waris yang menyambung kegemilangan istana ini sebagai aset pelancongan Melayu.
Begitu juga dengan Istana Raja Muda yang terletak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Anson (Teluk Intan). Dikatakan baru-baru ini istana yang berusi 99 tahun ini akan dibuka bidaan untuk dijual bagi projek komersial.
Disebabkan terdapat bantahan, kerajaan Perak menangguh penjualan. Jika benar istana ini akan dijual maka akan hilanglah satu warisan ulung kesultanan Perak yang sepatutnya dipeliharan dan dikekalkan.
Istana Tunku Kudin dan Istana Sepachenderadan yang terdapat di negeri Kedah juga antara warisan peninggalan kesultanan Kedah yang terbiar hingga kini.
Meski sudah lama terbiar, kesenian istana Sepachenderadan ini masih terserlah dan sejarah pembinaannya sebagai lambang cinta sangat unik untuk diketahui rakyat.
Sekitar Disember tahun lepas, Lembaga Muzium Negeri Kedah (LMNK) memutuskan untuk memulihara semula dua istana ini sebagai usaha mempertahankan khazanah lama ini untuk generasi akan datang.
Diharapkan khazanah-khazanah kesultanan Melayu ini terus diperlihara dan dijadikan satu aset tanah air yang dikenali bukan dilupai.
Kredit gambar: Google