Sejarah

4 Sebab Mengapa Institusi Beraja Perlu Dikekalkan Walau Cuba Dijatuhkan Anti Monarki!

Golongan anti monarki banyak berkampung di Twitter dan sering sahaja memuat naik perkataan yang jelas memperlekehkan institusi beraja.

Keadaan ini terjadi kerana golongan anti monarki melihat tiadanya hubungan jiwa dan fizikal di antara rakyat biasa dan keluarga diraja.

Golongan anti monarki juga gagal memahami konteks utama yang perlu dipertahankan sebenarnya merujuk kepada sistem institusi beraja itu.

Hal ini demikian kerana sistem institusi beraja merupakan asas sejak dahulu lagi dalam membentuk jati diri negara yang berdaulat.

Antara tangkap layar pengguna Twitter dipercayai rakyat Malaysia yang memiliki perasaan dan pemikiran menuju ke arah sikap anti monarki

Sehubungan dengan itu, institusi beraja itu wajar dihormati setiap masa selagi sistem ini berfungsi berlandaskan perundangan tertinggi negara.

Dalam masa yang sama, terdapat empat sebab mengapa institusi beraja perlu dikekalkan dan semua rakyat perlu menyokong keberadaan sistem ini:

1) TERKAIT DENGAN SEJARAH

Institusi beraja dalam negara dalam negara ini boleh dikatakan antara yang tertua kerana ia sudah dipraktikkan lebih awal beratus-ratus tahun sebelum Tanah Melayu merdeka.

2) WUJUD DALAM SISTEM MASYARAKAT

Masyarakat hari ini hidup dalam suasana harmoni dan damai kerana institusi beraja berperanan sebagai kunci kepada sistem sosial, sistem perundangan serta adab dan budaya.

3) RELEVAN UNTUK DIKEKALKAN

Institusi beraja relevan untuk dikekalkan dan mengambil contoh baru-baru ini dalam pergolakan politik negara akibat sikap buruk pemimpin tanah air, YDPA tampil sebagai penyelamat.

4) IDENTITI NEGARA

Cara untuk mengetahu sama ada sesebuah negara itu berdaulat atau sebaliknya adalah lihat pada institusi berajanya sama ada mampu atau tidak membangkitkan identiti negara.

Setelah mengetahui kepentingan mempertahankan institusi beraja, maka tidak hairanlah mengapa dalam lirik lagu Negaraku ada tertulis tentang perkaitan ini.

Rakyat sentiasa berdoa agar raja yang bertakhta dalam instituti beraja dikurniakan rahmat dan hidup dalam keadaan yang berbahagia.

Dek kebebasan bersuara, ada orang-orang bukan Melayu pun selamba menjijikkan institusi diraja

Sehingga kini, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara dan bait-bait mengenai Raja-Raja Melayu itu terus diulang-ulang setiap kali kita menyanyikan lagu Negaraku.

Kalau melihat dari konteks yang telah disuarakan kita juga sudah menerima sistem beraja itu sebagai satu identiti yang bukan hanya terpakai kepada kaum Melayu sahaja.

Justeru, komuniti, etnik atau kaum lain pun haruslah juga menerima  institusi beraja itu bukan sekadar pada satu-satu ketika atau bila ada sesuatu kepentingan sahaja.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker