Isu Semasa

4 Sebab Mengapa Buku Rebirth Diharamkan & Ini Yang Berlaku Kepada Editornya!

Sewaktu rakyat Malaysia sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 pada tahun 2020, negara pernah dikejutkan dengan penularan sebuah buku berjudul Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya merakam keterangan lapan daripada 28 penulis yang menyumbang artikel untuk buku itu, manakala bakinya sedang dikesan.

Buku itu membangkitkan kemarahan orang ramai kerana pada kulit buku itu, terdapat pengolahan atau pengubah suaian jata negara yang dianggap sangat biadab.

Menurut Pensyarah Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli, dalam kulit buku itu terdapat jata seperti jata Malaysia yang diubah.

“Hal ini menunjukkan bahawa individu tersebut tidak menghormati jata negara yang merupakan sesuatu yang perlu dilindungi kerana ia juga raja-raja Melayu dan perlembagaan negara,” katanya.

Mohd. Hazmi berkata demikian dalam webinar Kepimpinan Melayu & Institusi Raja-Raja anjuran Gabungan NGO Demi Malaiu secara atas talian.

Mengulas lanjut tentang buku Rebirth berkenaan, ia seolah-olah mempersenda, memperlekeh serta menghina simbol dan identiti kebangsaan rakyat Malaysia yang diwakili oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

Dalam pada itu, kedaulatan negara bagaikan tercemar kerana tindakan sedemikian adalah satu provokasi halus sekali gus boleh boleh menganggu gugat kehormatan institusi diraja serta kerajaan Malaysia sendiri.

Memetik petikan Ainul Ilya dari portal Islam dan Melayu, dia pernah bercadang untuk mendakwa pihak terbabit dalam Akta Hasutan 1948 menerusi peruntukan-peruntukannya dengan lebih spesifik dan jelas.

Paling merisaukan, rakyat perlu bimbang jika ada pihak yang menganggap pengubahsuaian jata negara itu sebagai satu kreativiti dalam seni, kebebasan berkarya serta kebebasan mengagungkan perbezaan pendapat dan pandangan.

Sehingga hari ini, masih tiada cerita tentang editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia, Kean Wong setelah dikesan awal-awal lagi berada di luar Malaysia sejak 21 Januari 2022.

Meskipun JSJ telah menyenaraikan nama Kean Wong sebagai Orang yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas dikesan serta pernah dimaklumkan mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa Interpol, Kean Wong masih bebas!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker