Ada sebab kenapa pada hari raya semasa kita meraikan kemenangan sebulan berpuasa, kita memakai baju Melayu.
Tujuannya adalah untuk memastikan anak cucu-cicit Melayu masih mampu mengekal warisan yang semakin mencabar.
Walaupun dari segi pemakaiannya seperti sudah ada revolusi dengan paten baharu, ada satu perkara yang masih kekal.
Perkara itu adalah makanan tradisi pada hari raya seperti rendah, dodol, ketupat, wajik, lemang dan sebagainya.
Namun tahukah anda bahawa semua menu yang kita nikmati semasa hari raya itu sebenarnya makanan perang?
Ya.. ia adalah makanan perang yang dibawa oleh datuk nenek moyang kita semasa berjuang demi Tanah Melayu.
Kenapa ia dipanggil makanan perang? Kerana ia sukar dibuat namun mampu bertahan untuk tempoh yang lama.
Sebab itulah jarang kita lihat lemang, ketupat dan rendang misalnya jarang basi dalam tempoh 24 jam.
Ia mengambil masa yang sangat lambat untuk rosak dan sebelum rosak, datuk nenek moyang kita sempat makan.
Maka dengan itu, inilah antara warisan lama yang masih dipraktikkan dalam masyarakat kita secara tradisi.
Penting untuk kita tahu dan berbangga, meski pun zaman sudah moden, kita masih nikmati makanan perang ini.