Ada tiga poin penting yang anak-anak Melayu perlu tahu pasal diri mereka. Ingat baik-baik benda ni.
#1-Bangsa Melayu berasal dari rumpun Austronesia (Nusantara) yang mendiami kawasan Asia Tenggara dan Pasifik.
Jika faham poin ini: Semua hujah yang mengatakan Melayu berasal dari India, China…bla…bla… adalah tidak berpendidikan sekaligus terbatal dengan sendirinya.
Melayu,Jawa,Sunda,Bugis,Banjar,Dayak,Tausug,Maori,Tonga,Hawaii,Samoa,Visaya,Cebuano dll adalah serumpun sama seperti Frank,English,Swedish,Dutch,German,Norwegian,Danish,Irish,Russian dll adalah serumpun.
#2-Bahasa Melayu berasal dari kelompok bahasa-bahasa Austronesia.
Jika faham poin ini: Semua cerita rekaan kononnya bahasa Melayu hanya mengandungi tiga perkataan asal adalah mengarut. Perkataan pinjaman (loanwords) adalah perkara biasa dalam sejarah bahasa-bahasa dunia hatta Tamil, Mandarin, English, Thai dan sebagainya turut mempunyai kata-kata pinjaman disebabkan faktor agama, teknologi dan sebagainya.
Semua cerita rekaan mengatakan bahasa Melayu adalah campuran bahasa-bahasa lain juga terbatal dengan sendirinya. Jika bahasa Melayu bahasa campuran, mengapa ‘grammar’ dia selari dengan kelompok bahasa-bahasa Austronesia? Ini bukan bahasa Na’vi (bahasa rekaan dalam filem Avatar). Understand?
#3-Orang Melayu adalah Orang Asal Malaysia dan Asia Tenggara
Jika faham poin ini: Teori merepek mengatakan orang asal hanyalah ‘Orang Asli’ adalah terbatal. Orang Melayu masih mempunyai baka aslinya sendiri iaitu Aborigine Malay yang dikategorikan sebagai Orang Asli di Malaysia. Malah kajian DNA mendapati baka Melayu sezaman dengan Negrito dan Orang Asli yang lain.
Jika orang Melayu bukan orang asal, mereka dari mana? Sedangkan bahasa dan budaya mereka milik Austronesia? Jika ingin membuang orang Melayu, maka kena fikir bagaimana nak buang seluruh rumpun Austronesia yang di dalamnya terdapat orang Jawa,Sunda,Madura,Bugis,Banjar,Bajau,Dayak,Kapampangan,Ati-ati,Visaya,Hawaii,Samoa,Rapa-Nui dll dari peta Asia Tenggara dan Pasifik.
Kesimpulan: Jika kita tahu asal-usul kita, kita akan lebih berpengetahuan dan dapat menjawab segala provokasi dengan bijak dan bergaya. Kita tidak lagi dimomok, dihina dan diperbodohkan. Orang lain akan nampak bodoh sebab jawapan-jawapan kita lebih berpendidikan dan tersusun.
Kredit:
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!