Isu Semasa

3 Bala Akan Menimpa Malaysia Jika Kumpulan Anti-Monarki Selesa ‘Naik Lemak’

Generasi hari ini tidak didedahkan kepentingan menjaga institusi beraja dalam pendidikan nasional sama ada di sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Dalam erti kata lain, anak-anak Melayu, Cina, India, Bumiputera serta lain-lain amat kurang diberi penekanan mengapa institusi beraja perlu kekal dalam sistem kenegaraan.

Yang ada cuma ungkapan dalam Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’ namun sejauh manakah ungkapan ini subur di hati sebagai pegangan utama rakyat Malaysia?

Hal ini dibangkitkan kerana sesekali di Twitter, seperti ada benih anti-monarki mahu tumbuh serta bercambah dan buat masa ini, bilangan mereka mungkin kecil.

Sama seperti kumpulan pendokong LGBTQ suatu ketika dahulu, pada era 80-an atau 90-an, individu ke arah itu sudah wujud namun tidak berpuak dan tidak berkumpulan.

Hari ini, melewati tahun 2020 sehingga ini, mereka berpayungkan hak asasi manusia dan menolak hukum Allah yang lebih tinggi demi nafsu songsang yang dicipta.

Maka perkara yang sama mungkin boleh berlaku ke atas individu yang berkumpul dalam kumpulan anti-monarki yang pada ketika ini nampaknya mereka cuma minoriti.

Bagi memastikan institusi beraja terus kekal relavan, Kementerian Pendidikan Nasional (KPM) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mewujudkan silibus segar dan ringan.

Biar pun segar dan ringan, objektifknya haruslah berpaksikan mewujudkan rasa cinta dalam kalangan masyarakat untuk mempertahankan institusi beraja sepenuh jiwa.

Jika institusi beraja ini tidak dipertahankan sepenuh jiwa dan sekiranya berlaku serangan ke atasnya, siapakah pahlawan kekunci yang akan lantang mempertahankannya?

Hal ini demikian kerana terpaksa diakui sokongan pahlawan kekunci Malaysia adalah teras kekuatan media sosial dalam penegasan beberapa isu penting.

Maka adalah sesuatu yang menduka citakan jika rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak dipersiapkan dengan rasa cinta untuk mempertahankan institusi beraja.

Menyoroti kisah politik negara.. jelas politik puluhan tahun yang dibawa acuan mulanya oleh British sejak 1955 atas nama demokrasi hari ini sedang dilanda musibah.

Parti politik melahirkan pemimpin yang gila kuasa dan demi mengukuhkan kuasa sesebuah parti, mereka yang berdiri di pentas politik sanggup menabur fitnah dan membina persepsi jahat.

Di Parlimen pula, jelas kebanyakan mereka sebagai pemimpin gagal memberikan contoh yang baik sebagai seorang rakyat Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya kumpulan anti-monarki naik lemak dan berjaya mengurangkan atau menghapuskan institusi beraja dalam negara ini menerusi proses undang-undang, tidak mustahil tiga bala berikut boleh terjadi:

  1. Hura-hara dalam politik berterusan sehingga psikologi pengundi taksub terganggu. Akibatnya, kekacauan di peringkat akar umbi boleh berlaku dan serangan fitnah bukan hanya berlaku dalam media sosial.
  2. Tiada pihak yang akan menjaga dengan serius secara perundangan mengenai Perkara 3 (1) bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan harmoni.
  3. Rakyat kehilangan payung yang neutral kerana ahli politik jelas tampil dengan pendekatan kepartian, sedangkan rakyat tidak menggemari perpecahan yang jelek dan mengarut.

Bayangkan jika institusi beraja ini tidak wujud, jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) juga tidak wujud, sistem pentadbiran negara boleh hancur kerana sifat tamak segelintir pemimpin.

Yang lebih teruk.. mereka cuma melihat politik dari sudut duniawi dan melupakan terus bahawa tujuan manusia hidup adalah untuk beribadah kepada Allah dan proses dakwah tidak berlaku.

Mujurlah institusi berjaya masih utuh, ketokohan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disanjung rakyat jelata baik di Semenanjung dan juga Borneo.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker