Isu Semasa

18 Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Buat Tempat Perlindungan Untuk Ikhtiar Hidup!

Akan tiba suatu masa, segala kecanggihan teknologi tidak lagi berfungsi dan kekacauan akan berlaku sebagaimana menurut risalah sepanjang zaman.

Sehubungan itu sebagai manusia yang sentiasa sedar, kesedaran itu harus disusuli dengan persediaan dan bukannya sekadar buat tidak endah.

Apa persediaan yang harus dilengkapkan? Salah satunya sudah tentulah ikhtiar hidup dan membina tempat perlindungan menjadi asas yang utama.

Menurut Pendekar Rimba dalam Combat Survival Malaysia, faktor keselamatan harus difikirkan sebelum membuat tempat perlindungan.

Untuk itu, berikut adalah 18 tip yang boleh dijadikan rujukan demi ilmu survival atau ikhtiar hidup yang sangat berguna untuk kita kelak:

1. Tentukan tiada dahan pokok mati berada di atas tempat perlindungan anda atau tapak perkhemahan yang dicadangkan.

2. Ambil kira juga pokok2 mati yang difikirkan boleh tumbang ke arah tempat anda atau tapak perkhemahan walaupun pokok mati tersebut berada agak jauh dari tempat perlindungan atau tapak kemsite.

3. Jauhkan dari spesis pokok yang mudah patah dahannya atau mudah tumbang walaupun ia pokok yang masih hidup.

4.Elakkan bina tempat perlindungan atau perkhemahan di kawasan alur atau lurah air dari atas bukit atau dari tempat tinggi walaupun alur air ketika itu kelihatan kering.

5.Elakkan membina tempat perlindungan atau tapak perkhemahan berdekatan atau di atas denai binatang atau berhampiran dengan kolam tempat binatang mandi atau minum air atau tempat-tempat tumpuan binatang.

6.Tidak mendirikan tempat perlindungan atau tapak perkhemahan di bawah tebing yang berkemungkinan akan runtuh seperti terdapat kesan runtuhan lama atau kesan hakisan atau di bawah jalan pembalakan atau terdapat bongkah batu2 yang mungkin jatuh tergolek atas tempat perlindungan atau tapak prkhemahan anda.

7.Jika berdekatan dengan sungai tentukan tidak membina tempat perlindungan atau tapak perkhemahan di selekoh “S” sungai kerana kebiasaannya air sungai akan naik mendadak di tempat tersebut bila berlaku banjir atau kepala air.

8.Tentukan tempat perlindungan atau tapak perkhemahan dibina berada diatas paras banjir yang paling tinggi yang pernah berlaku di sungai tersebut berpandukan pada kesan2 banjir yang terdahulu atau paras air pasang jika berdekatan dengan laut..

9.Elakkan bina tempat perlindungan atau tapak perkhemahan berhampiran dengan timbunan kayu atau rumpun buluh atau mana2 tempat yang difikirkan boleh menjadi tempat persembunyian atau sarang serangga berbisa seperti ular, lipan,jengking,penyengat,tebuan dll.

10.Tempat perlindungan atau tapak perkhemahan hendaklah tempat yang senang melarikan diri sekiranya berlaku sesuatu kecemasan

11.Terlindung dari angin yang kuat terutama jika membuat tempat perlindungan atau tapak perkhemahan di atas tempt yang tinggi.(puncak gunung).

12.Jauhkan dari tempat yang mempunyai kesan panahan petir(banyak kesan pokok mati sekeliling)kerana panahan petir mungkin boleh berulang2 di tmpt yang sama.

13.Sekiranya memilih gua atau anjung batu/tanah atau banir pokok sebagai tempat perlindungan tentukan ianya selamat dari binatang yang kebiasaanya menghuni lubang2 kecil yang terdapat dalam gua tersebut.

14.Tidak membina tempat perlindungan berdekatan dengan air terjun yang bising yang boleh menghalang pendengaran kehadiran atau isyarat dari pasukan SAR atau menghalang pendengaran dari ancaman yang menghampiri tempat anda.

15.Berhati2.. Jauhkan dari semut api atau semut gatal atau pokok2 gatal.

16.Pilih Kanopi hutan yang lebih rendah dan kehijauan jika ada.

17.Tidak membina tempat perlindungan atau tapak perkhemahan di tengah-tengah kawasan yang lapang tapi pilih di tepi-tepi kawasan lapang tersebut.

18.Mohon keberkatan dan perlindungan dari Allah SWT.Jauhkn dr segala bahaya..

Kredit: Pendekar Rimba | Combat Survival Malaysia

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker