Sejarah

13 Mei 1969 Takkan Berulang Kerana Keharmonian Kaum Sudah Dicapai

Pada hari ini dalam tahun 1969, berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara, Tragedi 13 Mei.

Tragedi ini tercetus ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang.

Keadaan ini digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka. Akibat dari tragedi ini, banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah.

Tragedi ini membuka mata banyak pihak, betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.

Tindakan segera diambil oleh Kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, ditubuhkan sebagai Badan Pemerintah.

MAGERAN mengadakan perbincangan bersama anggota-anggotanya bagi mencari jalan menguatkan perpaduan negara dengan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen.

Hasil perbincangan bersama wakil dari semua kaum, maka lahirlah konsep Rukun Negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker