Budaya

10 Perguruan Silat Melayu Bersatu, Peluang Anak Muda Kuasai Ilmu Seni Bela Diri!

Bagi yang tertanya-tanya ada atau tidak satu acara yang berskala besar-besaran melibatkan silat dan seni bela diri, jawapannya adalah sudah tentu ada.

Prof. Jak Othman yang terkenal menerusi silat Harimau Berantai, Silat Gayong Harimau serta Silat Tomoi menulis sesuatu yang menarik di Facebooknya.

Paduka Guru Hyang Tuan Safieyan Sika Sarawak

Katanya, 10 perguruan silat Melayu akan bersatu dalam satu program dan orang ramai boleh berpesta silat bersama para pesilat dari seluruh dunia.

Program yang diberi nama Kem Musim Panas Silat International itu akan diadakan di Kedah serta Perak dan ia berlangsung selama seminggu pada Julai 2022.

18 Julai : Belajar tempur rantai di Gelanggang Induk Silat Kuntau Tekpi Malaysia di Baling, Kedah
19 Julai : Belajar seni keris di Gelanggang Induk Silat Gayong Harimau Malaysia
20 Julai : Belajar seni lembing di Gelanggang Silat Seni Gayong cwgn. Singa Putih
21 – 24 Julai : Menuntut ilmu bersama The Magnificient 2.0 di Pantai Teluk Nipah Pangkor, Perak

Mahaguru Clifford Paulus Gelombang 8 Sabah
Paduka Guru Johari Jantan Lincah Malaysia
Wakil Mahaguru Mawlid Gayung Fatani Malaysia
Wakil Mahaguru Ammir Izzat Harimau Berantai

Dari segi barisan tenaga pengajar, berikut adalah nama serta teknik yang dikongsikan oleh pakar dalam bidang masing-masing:

Seni kapak – Paduka Guru Johari Jantan dari Silat Lincah Malaysia
Seni judip – Paduka Guru Hyang Tuan Safieyan dari Sika Sarawak
Seni parang – Tok Guru Mawlid dari Silat Gayung Fatani Malaysia
Seni lembing patah – Mahaguru Clifford Paulus dari Silat Gelombang 8 Sabah
Seni pedang – Mahaguru Nara Paduka Sukma Kencana
Seni sudang keris – Guru Ammir Izzat & Prof. Jak Othman dari Silat Harimau Berantai

Prof. Jak Othman
Mahaguru Hj Sani Kuntau Tekpi
Tok Guru Yusoff Shariff Gayung Harimau

Pendaftaran akan dibuka mulai Mac 2022 dan berikut adalah harga bagi setiap program:

Harga belajar 1 minggu: RM250 (dewasa) & RM150 (pelajar)
Harga belajar di Pangkor: RM150 (dewasa) & RM150 (pelajar)

Bagaimana cara untuk mendaftar? Akan dikemas kini setelah mendapat maklumat kelak.

Jika tidak mahu terlepas sebarang info, klik pada link di bawah ini

➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker