Seperti yang biasa kita tahu, Hari Wilayah Persekutuan adalah hari yang meraikan ‘kelahiran’ Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Walaupun Kuala Lumpur telah wujud sejak tahun 1800 an lagi, namun ianya masih ditadbir oleh Sultan Selangor. Namun demikian, setelah berlakunya kecamukan politik pada tahun 1969, pemisahan Kuala Lumpur telah dibincangkan oleh ahli-ahli politik pada ketika itu bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Maka, termeterailah Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur antara 2 pihak tersebut dan akhirnya Kuala Lumpur dilepaskan daripada kawasan jajahan Selangor dan berdiri atas kakinya sendiri.
Namun demikian, walaupun sejarah ini amat penting untuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah oleh semua rakyat Malaysia, Hari Persekutuan ini wajar dilihat lebih daripada itu.
Ini adalah kerana Malaysia tidak akan wujud tanpa Perjanjian Persekutuan 1948.
Di dalam perjanjian tersebut, negeri-negeri berdaulat telah disatukan di bawah satu pentadbiran tanpa menghilangkan kuasa raja-raja yang memerintah negeri itu.
Usaha ini adalah untuk menepis cadangan pihak British pada masa itu untuk menggabungkan semua negeri-negeri di Tanah Melayu dan diletakkan dibawah satu pentadbiran yang sama, namun demikian, kuasa raja-raja akan dihapuskan sama sekali dan mereka hanya sebagai simbol kepada negeri tersebut.
Lagipun Malayan Union ini akan diletakkan sebagai Jajahan Mahkota Permaisuri England, jadi kalau kata nak merdeka tu mungkin akan susah sikit.
Pihak British memang ‘sayang’ Tanah Melayu masa tu, sebab segala perbelanjaan kewangan British memang sebahagian besarnya datangnya daripada sumber-sumber daripada Tanah Melayu.
Namun demikian, di atas kesedaran tentang marabahaya yang bakal berlaku, penentangan terhadap Malayan Union telah diadakan secara besar-besaran dan kemuncaknya berlaku semasa lawatan Sir Harold MacMichael.
Akhirnya, pihak British terpaksa mengalah dan menggantikan gagasan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
Namun demikian, pemberontakan terhadap Malayan Union ini tidak berlaku penumpahan darah sedikit pun, namun lebih kepada semangat cintakan negara yang dizahirkan melalui beberapa aktiviti yang aman untuk menunjukkan provokasi mereka.
Maka, tarikh 1 Februari bukanlah semata-mata meraikan penyerahan Kuala Lumpur oleh baginda Sultan Selangor.
Tarikh ini merupakan tarikh keramat untuk rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang bermati-matian berjuang untuk mengekalkan hak mereka ke atas tanah yang berdaulat ini.
Maka dengan itu, janganlah sewenang-wenangnya anak-anak muda kini memperlihatkan kebodohan diri dengan terpengaruh doktrin-doktrin di luar sana yang cuba meragut kedaulatan negara ini dengan mengatakan apa gunanya ada institusi raja, apa salahnya jika Malaysia menjadi negara republik, hak sama rata mestilah diberi kepada semua orang.
Jangan. jangan. Kelak akan memakan diri.
Malaysia hari ini wujud hasil daripada titik peluh perjuangan nenek moyang kita semua yang sanggup berkorban untuk negara dan mengapa kita pula mahu menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, bagai melepaskan anjing tersepit, tidak mensyukuri perjuangan nenek moyang kita?
Ikuti Kami Di Facebook Ini
Juga Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!